bebola ubi keledek

Bebola ubi keledek manis sesuai untuk hidangan minum petang, lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama teh O panas. Jika anda ingin mencubanya sendiri, ikuti resipi lengkap yang dikongsikan di bawah.

Resipi ini cukup istimewa kerana akan menghasilkan bebola yang rangup di luar dan lembut di dalam. Sekali cuba, pasti nak lagi! Jom lihat cara penyediaan yang dikongsikan oleh Puan Mas Cotek.

Baca juga: Lepat Ubi Kayu, Resipi Tanpa Santan Ini Lebih Kenyal & Padat Dengan Rasa Ubi!

RESIPI BEBOLA UBI KELEDEK MANIS

bebola ubi keledek

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan keledek oren (direbus dan dilenyek)
  • ¼ cawan gula pasir
  • ½ cawan tepung pulut
  • ¾ cawan tepung beras
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam

Cara penyediaan:

  1. Rebus ubi keledek oren sehingga lembut. Bila dah lembut, toskan ke dalam bekas dan lenyek sehingga hancur.
  2. Kemudian, satukan semua bahan di atas dalam satu bekas.
  3. Uli sehingga membentuk doh yang lembut.
  4. Selepas itu, bentukkan doh menjadi bebola kecil.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng bebola secara terendam sehingga keemasan.
  6. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.

Nota: Jika mahukan tekstur yang lebih kenyal, lebihkan tepung pulut. Selamat mencuba!

Sumber resipi dan gambar: Mas Cotek

Baca juga: Bingka Ubi Kayu Tanpa Campur Tepung, Rasa Original Macam Orang Dulu-Dulu Buat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN