
Resepi kuih tepung gomak pandan ini memang wajib dicuba oleh peminat kuih tradisional. Teksturnya cukup lembut, kenyal dan berinti kelapa manis yang manis berlemak.
Kalau selalu buat kuih tepung gomak tapi hasilnya keras atau cepat liat, anda kena cuba cara ini pula. Dijamin kuih akan lembut elok sampai ke petang.
Oleh itu, jika ada nak cuba buat sendiri untuk minum petang bersama keluarga, boleh ikut langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Kuih Lapis Pelangi Guna Acuan Puteri Ayu, Lembut & Comel Sangat Hasilnya!
RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK PANDAN

Bahan-bahan:
- 1 biji ubi keledek oren (buang kulit, rebus hingga empuk)
- ½ bungkus tepung pulut
- ½ sudu kecil garam
- Perisa pandan
- Sedikit pewarna hijau (jika suka)
- Air secukupnya (jangan terlalu banyak, takut doh terlalu lembik)
Cara-cara:
- Lenyek ubi keledek yang telah direbus tadi hingga halus.
- Campurkan ubi lenyek dengan tepung pulut, perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.
- Uli hingga semua bahan sebati dan doh tak melekat di tangan.
- Ambil doh dan bentukkan bulat-bulat, kemudian masukkan inti kelapa (nyok) di tengah.
- Rebus bebola doh dalam air mendidih, sama macam buat kuih onde-onde.
- Bila kuih timbul di permukaan air, angkat dan toskan.
- Sangai tepung beras atas api perlahan hingga kekuningan dan wangi, kemudian biarkan sejuk sekejap.
- Salutkan kuih dengan tepung beras sangai. Leperkan sedikit kuih selepas disalut.
Sumber: Nurul Awatif
Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














