resepi kuih

Kalau anda sedang mencari resepi kuih yang mudah, cantik dan sesuai untuk semua majlis, cubalah kuih lapis pelangi versi mini ini. Ia menggunakan acuan puteri ayu yang biasa kita guna untuk kuih tradisional.

Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang atau dibawa ke majlis keraian. Bila disusun atas pinggan, hasilnya memang comel dan mencuri perhatian. Jom cuba buat!

Baca juga: Resipi Kuih Keria Keledek Ungu Yang Elok Bersira, Makan Sebiji Memang Tak Puas!

RESEPI KUIH LAPIS PELANGI GUNA ACUAN PUTERI AYU

resepi kuih

Bahan A:

  • 160g gula pasir
  • 250g santan segar
  • 2 cawan air
  • ½ sudu teh garam

Bahan B:

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan A. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
  2. Kacau selalu dan pastikan tidak sampai pecah minyak. Bila sudah mendidih, tutup api dan biarkan suam.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan tepung ubi.
  4. Tuangkan adunan santan (bahan A) yang telah suam ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit.
  5. Kacau rata hingga sebati dan tidak berketul. Tapis adunan supaya lebih halus.
  6. Timbang adunan, cukupkan kepada 1 liter (atau 1130g). Jika tidak cukup, boleh tambah sedikit air biasa.
  7. Sapu acuan puteri ayu dengan sedikit minyak. Tuang adunan lapisan pertama (ikut warna pilihan). Kukus selama 2-3 minit.
  8. Ulang proses untuk lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir, kukus lebih kurang 10 minit.
  9. Buka sedikit penutup pengukus agar wap keluar dan permukaan tidak lembik.
  10. Kalau guna loyang biasa,sapu loyang dengan minyak dan panaskan dahulu dalam pengukus.
  11. Tuang lapisan pertama, kukus selama 4 minit.
  12. Ulang hingga semua lapisan siap. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 15 minit.

Sumber: Nadia Sukiman

Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN