kuih tako jagung

Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!

Kuih tako atau juga dikenali sebagai kuih takup merupakan kuih tradisional orang melayu. Kuih ini sangat popular dan mempunyai rupa yang sama dengan kuih tepung pelita dan kuih limas.

Baca juga: Kuih Nona Manis Keladi Guna Sukatan Cawan, Memang Lembut Dan Sedap Hasilnya!

Sesetengah orang yang cuma mengenali kuih tepung pelita, mesti beranggapan kuih tako juga adalah kuih tepung pelita.

Kuih tako menggunakan daun pandan sebagai kelonsongnya manakala tepung pelita dan kuih limas pula menggunakan daun pisang.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah ini.


RESIPI KUIH TAKO JAGUNG

kuih tako jagung

Bahan lapisan bawah:

  • 1 cawan jagung manis krim
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Pewarna hijau 

Bahan lapisan atas:

  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam halus

Cara-cara membuatnya:

1. Untuk lapisan bawah, satukan semua bahan kecuali jagung. Kacau di atas api hingga pekat dan meletup letup.

2. Masukkan jagung. Kacau lagi hingga meletup letup. Tutup api.

3. Tuang terus ke dalam acuan hingga setengah dari aras acuan. Hentakkan sedikit supaya rata. Biarkan keras selama 30 minit.

4. Untuk lapisan atas pula,  satukan semua bahan iaitu santan, garam dan tepung jagung.

5. Kacau di atas api hingga agak pekat. 

6. Terus tuang ke atas lapisan bawah. Biarkan keras, boleh masukkan ke dalam peti ais. Kemudian, hias dengan jagung.

7. Sedia untuk dihidang!

tako jagung


Selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN