kuih putu ayu cheese

Jom buat kuih traditional putu ayu yang telah dimodenkan iaitu kuih putu ayu cheese. Kuih ini juga dikenali dengan nama kuih puteri ayu.

Resipi ini pernah viral di media sosial sebelum ini. Nampak menarik dan sedap. Jadi MyResipi ingin kongsikan cara membuat kuih putu ayu cheese ni.

Baca juga: Kuih Nekbat Cara Marbitter, Kuih Tradisi Pantai Timur Yang Popular Ketika Ramadan

Kuih ni sama seperti kuih puteri traditional cuma kepala atasnya digantikan dengan adunan cream cheese yang lemak berkrim. 

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mariyam Rivera Menado menerusi laman Facebook ini. Memang nampak menarik dan gebu.


RESIPI KUIH PUTU AYU CHEESE

kuih putu ayu cheese

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur ayam gred B
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar penuh ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna makanan

Cara-cara membuatnya:

1. Campurkan telur dengan gula hingga kembang, masukkan ovalette dan pukul seketika.

2. Tuang esen vanilla kemudian santan separuh pukul lagi hingga rata.

3. Masukkan tepung sikit demi sikit selang seli dgn santan sehingga sebati.

4. Bahagikan adunan dan warna ikut suka.

Bahan-bahan bahagian cheese:

  • 250gm cheese
  • 1 biji telur gred B
  • 2 sudu besar gula
  • 1 setengah sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu air
  • 1 sudu besar susu cair.
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan, gaul sampai sebati.

2. Masukkan dalam botol sos, kalau ada piping pun boleh.

3. Paipkan chesee agak-agak mana suka la banyaknya ke dalam acuan yang telah di sapu minyak.

4. Kukus 5 minit. Selepas itu masukkan adunan berwarna tadi. Kukus kira-kira 7 minit.

5. Tunggu suam sedikit kemudian dah boleh dikeluarkan dari acuan.

6. Siap untuk dihidang!


TIPS:

  • Sapu minyak pada acuan supaya mudah untuk ditanggalkan.
  • Pastikan air kukusan mendidih sebelum mengukus kuih puteri ayu cheese.
  • Untuk mendapatkan kuih yang lembut, tepung tidak perlu dipukul lama dan kuat. Lebih elok jika hanya kuap balik tepung.
  • Gula, telur dan ovallet perlu di pukul sehingga betul-betul gebu.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! 

Baca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN