kuih serabai

Pagi-pagi buat kuih serabai memang syok juga kan. Makan pula dengan kuah manis. Fuh! Bertambah-tambah di buatnya.

Kuah serabai ni dibuat menggunakan tepung beras. Teksturnya pula lembut dan gebu. Sesuai di makan bila-bila masa je.

Bila musim durian. Ada juga yang buat kuih ni dengan kuah manis durian. Sedap tau! Korang yang tak pernah try lagi, kena cuba buat kuih ni kat rumah.

Baca juga: Cara Buat Serawa Durian Yang Bau Harum Semerbak, Sedap Cicah Roti!

Tak susah mana pun cara nak buatnya. Blend semua bahan, perap sekejap dah boleh masak dalam acuan.

Untuk korang yang tak tahu, kuih serabai ni merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih ni akan di masak nipis sama seperti lempeng.

Jom ikuti resipi perkongsian dari Cik Puan Noor Rahim ini yang mendapat lebih dari 3.9k shares di laman Facebook ini.


RESIPI KUIH SERABAI

kuih serabai

Bahan untuk kuih serabai:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan nasi
  • 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh ragi @ yis
  • 1 sudu teh garam

Bahan untuk kuah serabai :

  • Air 1 cawan
  • Gula melaka 2 ketul
  • Santan 1/2 cawan
  • Gula biasa 2 sudu
  • Garam secubit
  • 1 sudu tepung beras campur air
  • Daun pandan untuk bau

Cara memasak kuih serabai:

1. Mula-mula, kisar dan simpan adunan kurang 20 minit.
2. Sapu sedikit minyak dan letak 1 senduk tepung dan bakar atas api lebih kurang 3 minit.
3. Sampai semua gelembung masak dan balikkan sekejap.
4. Siap dan ketepikan.

Cara memasak kuah serabai:

1. Masak gula melaka sehingga cair. Masukkan pula daun pandan.
2. Tambah garam, gula, santan dan air tepung beras. Kacau sampai pekat.
3. Siap untuk dihidang!


Kuah kuih serabai ni di campur dengan santan dan gula melaka. Rasanya bukan je manis. Tapi, berlemak gitu. Kalau nak campur durian pun boleh ye. Lagi sedap! Kuih ni memang ramai penggemarnya. Lagi-lagi bila di campur durian.

Selamat mencuba.

Baca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN