dedaun sayuran

Biasanya dedaun sayuran memang tak tahan lama. Selepas 2 atau 3 hari simpan dalam peti sejuk, mereka akan mula layu dan akhirnya, terbuang begitu sahaja.

Jadi macam mana nak pastikan dedaun dan sayuran yang dibeli dapat tahan lama? Seorang pengguna Facebook, Yatie Eimra ada berkongsikan caranya iaitu dengan menyimpan ke dalam freezer tanpa rendam dalam air.

Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama

Kebetulan kali ni saya nak restock halia & daun kucai, alang-alang tu saya nak kongsi la sekali cara saya simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup dan lain-lain.Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama. Kemudian saya mula simpan daun-daun seperti daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai dan lain-lain pula.

Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air). Fridge saya kecil je tak muat semua nak disimpan dalam botol atau letak air.. Dekat 4 tahun juga la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang korang kena tahu.

  1. Walau simpan apa-apa pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. So, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak jer. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller juga untuk tujuan hiasan, etc.
  2. Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca je. Tujuannya nak serap wap² air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat² nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
  3. Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.

Tip: Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat² nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna jer.

P/s: Untuk sayur-sayuran boleh juga guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller je. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye. Dalam gambar ni ada balance 2 ketul carrot. Masih elok lagi walaupun beli 21/3 haritu lagi.

1. Halia ni saya potong banyak saiz sebab ada masakan yang perlukan halia dihiris panjang contohnya ayam masak halia.

2. Boleh juga basuh bersih halia & keringkan. Kemudian terus potong kecik & frozen kan. Halia yang baru dikeluarkan dari freezer lagi mudah nak kikis kulitnya.

3. Untuk halia, lengkuas & kunyit hidup saya letak dalam 1 plastik.

4. Kucai perlu dilipat macam ini supaya mudah nak ambil satu-satu.

4. 1 pokok daun pandan ni saya simpan dalam freezer. Lipat satu-satu supaya mudah nak ambil.

dedaun sayuran

5. Masuk dalam plastik pembungkus makanan untuk asingkan jenisnya.

6. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan 1 jer saiz besar.

7. Cili merah.

dedaun sayuran

8. Serai 3 bulan pun masih elok.

dedaun sayuran

9. Cara ni juga boleh simpan sayur-sayuran, cumanya simpan bahagian chiller.

10. Ada 2 ketul lebihan carrot. Masih rangup/tak berkulat bila simpan cara ni. Tapi perlu tukar tisu bila dah basah.

dedaun sayuran

Kredit: Yatie Eimra

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN