kuih nona manis

Kuih Nona Manis sememangnya menjadi kegemaran ramai. Kuih ini dikenali dengan kelembutan serta lemak manisnya, menjadikan kuih ini sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Sekarang memang susah nak jumpa orang jual kuih nona manis. Kalau ada pun, payah pula nak jumpa yang sedap. Bagi mereka yang ingin benar-benar puas, membuatnya sendiri lebih nikmat dan berbaloi

Baca juga: Kuih Seri Muka Pandan, Buat Dalam Bekas Comel Macam Ini. Senang Nak Makan!

Jika anda berminat untuk mempelajari cara membuat kuih ini, Puan Rohani Ahmad telah berkongsi resipi berserta tip-tip untuk memastikan kuih Nona Manis anda kelihatan licin dan cantik. Mari cuba sendiri!

RESIPI KUIH NONA MANIS

kuih nona manis

Bahan-bahan adunan putih:

  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam

Bahan-bahan adunan hijau:

Cara penyediaan adunan putih:

1. Campurkan santan, tepung beras, tepung ubi, gula, dan garam dalam sebuah mangkuk.

2. Gaulkan sehingga semua bahan tercampur rata.

3. Kalau suka masin, boleh tambah garam. Kacau sehingga sebati.

4. Pastikan adunan juga sedikit pekat dan tidak cair. Dah sejuk tapis dan letak dalam botol.

Cara penyediaan adunan hijau: 

1. Kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. Kalau tiada pengisar, boleh guna pemukul tangan. Ketepikan. 

2. Masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.

3. Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau sebati. Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.

4. Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan. Bila dah sejuk, tapis dan letak dalam botol.

Cara penyediaan penuh:

1. Sapu dulu acuan dengan minyak supaya kuih tidak melekat dan letak 3/4 adunan warna hijau dalam acuan.

2. Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau ke dalam sangat, nanti bercampur dengan adunan hijau.

3. Tip untuk dapatkan kuih yang cantik dan licin ialah anda kena bungkus loyang. Buat lubang di sekeliling loyang dengan cucuk guna lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh atas kuih. Boleh buat banyak lubang. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

4. Bila kuih sudah masak, tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan.

kuih nona manis

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Rohani Ahmad

Baca juga: Cara Buat Kuih Ketayap Simple, Berlemak Manis Dengan Inti Kelapa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN