resepi cream puff

Tercari-cari resepi cream puff yang mudah dan pasti menjadi? Mari cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini.

Menurutnya, resipi ini turut digunakan oleh beliau dalam perniagaan miliknya. Pelanggan juga cukup suka sehingga ramai yang repeat order berulang kali.

Jom lihat perkonsian olehnya di bawah. Memang elok berongga, gebu dan tidak kecut! 

Baca juga: Resipi Kek Chiffon Pandan Yang Gebu Gebas, Lembut Macam Kapas!

RESEPI CREAM PUFF INTI CREAMY CASTARD

resepi cream puff

Bahan-bahan untuk krim kastard:

  • 1 ¼ cawan/313ml susu full cream
  • 2 biji kuning telur/1 biji telur
  • 1/4 cawan/55g gula
  • 1 sudu besar/8g tepung gandum/tepung kastard
  • 3 sudu besar/24g tepung jagung
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh
  • 1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream

Cara-cara buat krim kastard:

1. Maska semua bahan di dalam periuk dan kacau menggunakan api perlahan sehingga menjadi pekat.

2. Tutup bahagian atas dengan plastik dan sejukkan di dalam chiller.

3. Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard. Mixer sebati.

Bahan-bahan untuk choux pastry:

  • 1 cawan/250g air
  • ¼ cawan/56g butter/marjerin
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar/12g gula
  • 1 cawan/125g tepung gandum
  • 3 hingga 4 biji telur saiz B

NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream banyak cukup untuk 2 adunan.

Cara-cara buat choux pastry:

1. Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum.

2. Kacau laju-laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ini bancuhan tadi akan jadi macam doh. Tutup api.

3. Biarkan sampai sejuk atau suam-suam kuku.

4. Masuk telur satu persatu, pukul sebati.

5. Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220℃ selama 30minit mengikut oven masing-masing.

6. Nak tahu cream puff jadi atau tidak, pastikan berongga kat dalam dan bila masak tak kecut semula. Kena try & error oven masing-masing. Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ya.

resepi cream puff

Kredit: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Donut Gebu Dan Lembut, Ini Cara Salut Gula Supaya Tak Mudah Cair

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN