Categories: Resipi

Resipi Kuih Lepat Pisang Bersantan, Wangi Daun & Rasa Lemak Manis Memang Tak Cukup Satu!

Kuih lepat pisang antara kuih tradisi orang dulu-dulu yang dibalut daun pisang dan dikukus hingga naik bau harum. Gabungan rasa pisang emas yang manis, santan yang lemak berkrim dan bau daun pisang yang wangi memang cukup sempurna.

Bagi yang rindu nak rasa kuih kampung macam zaman tok-tok dulu, jom cuba resepi kuih lepat pisang bersantan ini. Bahannya ringkas, cara buat pun mudah dan sesuai sangat untuk minum petang.

Baca juga: Resipi Lepat Liat Nostalgia Utara, Kuih Tradisi Liat Manis Yang Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

RESEPI KUIH LEPAT PISANG BERSANTAN

Bahan-bahan:

  • 12 biji pisang emas (dilenyek halus)
  • 2 sudu besar gula merah (boleh tambah ikut manis)
  • Secubit garam
  • 1 kotak santan (65ml)
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • Daun pisang secukupnya (dicuci bersih dan disapu sedikit minyak)

Cara-cara:

  1. Dalam satu mangkuk besar, lenyek pisang hingga halus.
  2. Masukkan gula merah, garam, santan, tepung beras dan tepung gandum.
  3. Gaul rata hingga adunan sebati dan tidak terlalu cair. Kalau lembik sangat, boleh tambah sedikit tepung gandum.
  4. Sediakan daun pisang, lap kering dan sapu sedikit minyak supaya tak melekat.
  5. Ambil sesenduk adunan, letakkan atas daun dan lipat ikut cara masing-masing (sama ada gulung, lipat segi empat atau lipat bucu).
  6. Susun dalam pengukus dan kukus selama lebih kurang 25 minit dengan api sederhana.
  7. Bila siap, biarkan sejuk sekejap sebelum dihidangkan.

Sumber: Mdm Seri

Baca juga: Cara Buat Lepat Cendol Bergedik, Lemak Manis Yang Mudah & Pasti Jadi!

Wan N

Recent Posts

Ayam Masak Santan Dengan Sentuhan Limau, Kuah Lemak Berkrim Pula Buat Makin Sedap!

Bosan dengan menu ayam yang dimasak dengan cara sama? Apa kata cuba pula resipi ayam…

44 minutes ago

Resipi Mi Bandung Simple Tapi Pekat, Kuahnya Memang Sedap Sampai Hirup Licin!

Terasa nak makan mi Bandung yang sedap tetapi malas nak keluar rumah? Apa kata cuba…

1 hour ago

Rahsia Kuetiau Goreng Lebih Sedap, Rupanya Tumis Tomato Sampai Layu Jadi Kunci Rasa Umami!

Kuetiau goreng merupakan antara hidangan yang sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi. Walaupun menggunakan bahan…

2 hours ago

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan, Lembut Berkilat Dan Cantik Berlapis Kejadiannya

Kuih lapis antara kuih tradisional yang ramai gemari kerana teksturnya yang lembut, kenyal dan berlemak…

3 hours ago

Resipi Cinnamon Roll Dengan Cheese Frosting, Bau Harum Kayu Manis Semerbak Satu Rumah!

Cinnamon roll merupakan sejenis roti manis yang terkenal dengan aroma kayu manis serta gulungan doh…

4 hours ago

Resepi Sayur Bayam Ala Banchan Korea Tanpa Perlu Ditumis, Wangi Semerbak Minyak Bijan!

Resepi sayur bayam ala banchan Korea ini merupakan hidangan sampingan yang sering melengkapkan sajian di…

22 hours ago