Setiap orang ada cara tersendiri untuk buat ayam goreng yang betul-betul sedap. Nak rasa rempahnya meresap sampai ke tulang, kami ada resipi Ayam Goreng Berempah sedap untuk anda cuba.
Resipi Ayam Goreng Berempah sedap oleh Rafidah Mohd Rawi di Facebook bukanlah biasa-biasa kerana ramai puji sampaikan pelanggan kata rangup lain macam. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Tepung Ayam Goreng Buat Sendiri Di Rumah, Hasil Rangup Luar Biasa!
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, gaul semua bahan kisar, bahan serbuk, tepung beras dan telur bersama ayam sampai sebati.
2. Selepas itu, perap sekurang-kurangnya 15 minit. Tapi jika semalaman, lebih padu kerana rempahnya lebih meresap.
3. Kemudian, panaskan minyak dan goreng ayam sampai keemasan serta rangup di luar.
4. Jika suka, boleh tambah daun kari dalam minyak semasa goreng kerana baunya memang membuka selera. Siap untuk dihidang!
Ayam Goreng Berempah jadi rangup di luar dan isi dalamnya lembut berjus. Jika buat sekali, pasti nak ulang banyak kali kerana rasanya memang kena dengan tekak kita.
Selamat mencuba!
Sumber: Rafidah Mohd Rawi
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Berempah, Sekali Makan Confirm Tak Cukup Seketul!
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…