
Kuih goreng yang tak pernah jemu dan lapuk dek zaman, semestinya Pisang Goreng jadi pilihan. Nak buat sendiri di rumah, boleh guna resepi Pisang Goreng simple ini.
Baunya yang wangi semasa goreng sudah cukup membuatkan perut terasa lapar dan memikat selera. Tapi, salah satu masalah yang sering dihadapi ialah tepung yang mudah tertanggal.
Jika anda pernah mengalami situasi ini, sudah sampai masanya untuk anda gunakan resepi Pisang Goreng simple yang dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di Facebook ini.
Baca juga: Cara Goreng Pisang Supaya Banyak Kerak, Rangup Sampai Berjam-jam!
RESEPI PISANG GORENG SIMPLE

Bahan-bahan tepung campur:
- 300grm tepung goreng pisang (saya guna jenama Adabi)
- 500grm tepung beras (sepaket)
Nisbah bancuhan tepung:
- 2 senduk tepung campur + 1 senduk tepung gandum
- Secubit garam
- Secubit serbuk kunyit
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan tepung goreng pisang dan tepung beras dalam balang kuih yang sederhana tinggi.
2. Selepas itu, goncang-goncangkan sampai sebati dan bercampur.
3. Buat bancuhan tepung mengikut nisbah yang dinyatakan di atas. Jangan cair atau pekat sangat, agak-agak bersalut pada senduk sudah cukup.
4. Kemudian, panaskan minyak masak.
5. Apabila minyak sudah panas, cedok sesenduk dan masukkan dalam bancuhan tepung tadi, kemudian godak-godak.

6. Seterusnya, celup pisang dan terus goreng. Jangan peram pisang dalam tepung, kena celup dan terus goreng dengan menggunakan api sederhana saja sebab pisang cepat hangus.
7. Nak pastikan minyak sekata dan kena semua bahagian pisang, boleh guna periuk. Setelah garing, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Pisang Goreng bukan saja mudah dibuat, tapi juga membangkitkan nostalgia. Dengan resepi simple ini, anda boleh hasilkan Pisang Goreng yang rangup dan sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Haidah Md Said
Baca juga: Cara Buat Pisang Goreng Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Petang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














