Kuih Kasturi merupakan salah satu kuih tradisi orang Malaysia. Ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama Kuih Kacang Hijau dan Kuih Rengas.
Cara penyediaan kuih ini agak renyah, tetapi pasti akan berpuas hati dengan hasilnya. Kita juga boleh simpan sebagai stok frozen, boleh digoreng pada bila-bila masa.
Kalau ada yang mahu mencuba buat sendiri kuih kasturi ini, ikut saja resipi lengkap yang dikongsikan oleh Lin Ismail di bawah.
Baca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman
Bahan-bahan:
1/2 kg kacang hijau boleh dapat dalam 50 hingga 60 biji.
Bahan-bahan salutan tepung goreng:
Cara-cara:
1. Rebus kacang hijau bersama daun pandan sehingga kacang empuk. Apabila air dah kering, masukkan gula, garam, kelapa parut dan tepung gandum. Gaul sebati dan biarkan sejuk.
2. Bila dah sejuk, sedia untuk diuli. Simpan kuih di dalam peti sejuk, keesokannya boleh digoreng.
3. Untuk membuat salutan tepung goreng, satukan tepung beras, garam, air kapur, kunyit dan air. Bancuh mengikut kepekatan yang disukai.
4. Celup kuih ke dalam salutan tepung. Goreng di dalam minyak panas sehingga garing. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Iin Ismail
Baca juga: Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…