kuih tepung bunga

Kuih tepung bunga merupakan kuih tradisi orang Kelantan dan Terengganu yang sangat sedap.

Cara membuatnya juga sangat mudah dan cepat siap. Yang paling penting, hanya guna 4 bahan sahaja untuk membuatnya.

Kuih ini biasanya sangat terkenal pada bulan puasa. Tapi bila teringin nak makan, bolehlah cuba buat sendiri. Ikut saja resipi lengkap di bawah.

Resipi Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Gula secukupnya

Cara-cara:

1. Campur air bersama tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.

2. Ambil sedikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari.

3. Kemudian celupkan ke dalam telur. Goreng dalam minyak yang panas sehingga merekah dan berbunga-bunga.

4. Angkat dan toskan. Salut dengan gula dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit: Nor Al Fatihah

Baca juga: Buat Sendiri Scone Guna 3 Bahan Je, Tak Perlu Ke Cameron Highland Semata Nak Makan Ni