kuih bunga pudak

Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional masyarakat di negeri Kedah Darul Aman. Kuih bunga pudak dinamakan sempena warna bunga pokok pundak. Kuih yang berinti kelapa ini juga sangat enak dimakan ketika panas.

Orang yang tinggal di luar kawasan Kedah kemungkinan tidak mengenali atau tidak tahu cara untuk membuatnya. Malah kuih ini juga boleh dikatakan agak sukar didapati dan tidak ramai yang memiliki kemahiran untuk menyediakannya.

Oleh itu, apa kata kita mempelajari cara membuatnya agar kuih tradisional ini tidak hilang ditelan dek zaman. Mari ikuti resipi perkongsian oleh Nurul Shuhaida di bawah.

Baca juga: Resipi Asli Turun-Temurun, Ini Cara Buat Kuih Cecemek Tradisional Perak

CARA BUAT KUIH BUNGA PUDAK

Bahan-bahan inti:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 240gm gula
  • Garam secukup rasa
  • Perasa ros secukupnya
  • Pewarna merah secukupnya
  • Pewarna hijau secukupnya

Bahan-bahan kulit:

  • 240gm tepung pulut
  • 250ml air (zaza buat dalam 150ml je)
  • 1 sudu teh garam halus

Cara-cara:

1. Untuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada dua warna. Satukan bahan mengikut warna tersebut dan gaul sebati.

2. Kemudian sangai di atas api sederhana. Kacau sehingga kering. Ketepikan.

3. Untuk bahan B, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan biarkan selama 30 minit. Air campur dengan garam, kemudian renjis-renjiskan dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga habis, gaulkan dengan tepung sampai jadi macam serbuk roti.

4. Setelah itu, panaskan kuali leper dengan api sederhana panas.

5. Masukkan satu sudu makan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.

6. Seterusnya sudu inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Biarkan seketika dan barulah diangkat.

7. Akhir sekali, ulangi proses sehingga adunan habis.

8. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

kuih bunga pudak

Kredit: Nur Shuhaida, Sis Eiyla

Baca juga: Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN