Kuih bom boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa. Ada yang suka inti kelapa atau inti kacang. Selain 2 inti ini, inti keledek juga boleh tahan sedap.
Bagi yang teringin nak cuba Kuih Bom Bijan, boleh ikuti resipi perkongsian Mas Cotek di bawah. Kuih ini perlu digoreng lama sedikit, hasilnya ia jadi garing diluar dan lembut di dalam.
Baca juga: Resipi Asli Turun-Temurun, Ini Cara Buat Kuih Cecemek Tradisional Perak
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Dalam bekas bersesuaian, satukan keledek, tepung pulut, tepung gandum dan garam. Sebatikan.
2. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bulat doh dan masukkan inti. Jika nak timbang, berat doh adalah 30gm dan berat inti adalah 20gm.
4. Sapu tapak tangan dengan sedikit air. Kemudian golekkan Kuih Bom atas tapak tangan hingga menjadi bulat cantik.
5. Golekkan pula dalam bekas berisi bijan. (cara Opah ialah, spray kuih dengan sedikit air kemudian golekkan dalam bijan)
6. Rehatkan Kuih Bom selama 1-2 jam dalam peti sejuk.
7. Panaskan minyak yang banyak guna api sederhana untuk goreng kuih secara terendam.
8. Goreng kuih sambil golek-golekkan sehingga masak atau bertukar warna.
9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Mas Cotek
Baca juga: Cara Buat Kuih Puteri Mandi Guna Sukatan Cawan, Ikut Resipi Ini Dijamin Tak Liat!
Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…
Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…
Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda…
Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…
Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…