kuih bingka labu

Kuih bingka labu memang menjadi pilihan yang lazat sebagai pencuci mulut. Walaupun sebelum ini mungkin agak sukar untuk menyediakannya, tetapi kini, ibu-ibu boleh cepat menyediakan kuih ini menggunakan resipi sukatan cawan. 

Kuih bingka labu yang dibakar menggunakan oven atau air fryer mempunyai tekstur yang lembut. Bau semerbak labu pula memang akan menggoda selera.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk mencuba menyediakan kuih bingka labu, resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan No Or ini boleh menjadi pilihan.

Baca juga: Tip Buat Kuih Ketayap Lebih SEDAP, Rongga-Rongga Kuih Itu Yang Main Peranan

Hasil kuih ini sangat cantik dengan permukaan atas yang garing. Dan yang terbaik, proses penyediaannya sangat mudah! Cukup dengan membakarnya menggunakan oven atau air fryer, dalam masa yang singkat kuih ini sudah siap untuk dinikmati.

RESIPI KUIH BINGKA LABU GUNA SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Kupas kulit labu dan potong menjadi kiub. Rebus labu hingga lembut, buang separuh air rebusan, kemudian lumatkan labu hingga halus.

2. Sukat 1 1/2 cawan labu yang telah lumat.

3. Panaskan oven pada suhu yang sesuai  bergantung pada oven atau air fryer masing-masing. (Cik No guna suhu 230°C).

4. Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar secara berperingkat.

5. Kacau dan bancuh bahan sehingga sebati. Jika perlu, gunakan whisk untuk mencampur adunan.

6. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam oven selama 5 minit.

7. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan.

8. Taburkan bijan secara rata di atas adunan.

9. Bakar dalam oven pada suhu yang ditetapkan selama 40 minit dengan menggunakan api atas dan bawah.

10. Setelah masak, biarkan kuih sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

kuih bingka labu

kuih bingka labu

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook No Or

Baca juga: Kuih Apam Kampung Pandan Sukatan Cawan, Harum Semerbak Bila Kukus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN