Categories: Resipi

Wanita Kongsi Resipi Apam Nasi Turun-Temurun Dari Ibu, Lembut & Gebu Hasilnya!

Kuih Apam Nasi merupakan salah satu kuih klasik yang menjadi pilihan tak kira masa dan di mana jua. Kali ini, kami nak kongsikan resipi dan tips untuk membuatnya dengan menjadi.

Kuih Apam Nasi terkenal dengan teksturnya yang lembut dengan rasa manis yang sederhana. Biasanya, kuih ini disajikan bersama kelapa parut putih yang lemak-lemak masin.

Kami terjumpa perkongsian oleh Lily Yana Anwar di Facebook tentang kuih Apam Nasi yang dibuatnya dengan menggunakan resepi daripada ibunya sendiri. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Apam Susu Gebu Gebas, Kukus Saja Pasti Naik Cantik Kejadiannya!

RESIPI KUIH APAM NASI

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 2½ cawan air
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 1½ cawan gula pasir (jika suka manis, boleh tambah lagi sikit)
  • 1 paket yis segera (Mauripan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar dahulu nasi sejuk bersama gula dan 1 cawan air sampai halus dan tak berketul.

2. Selepas itu, satukan semua bahan (termasuk lebihan air) ke dalam satu bekas besar dan gaul sebati.

3. Kemudian, perap adunan selama 1 jam atau sehingga adunan kelihatan naik dan sedikit berbuih.

4. Apabila adunan sudah naik, bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.

5. Seterusnya, panaskan pengukus terlebih dahulu supaya wap sudah cukup panas.

6. Tuang adunan ke dalam acuan kecil yang sudah disapu sedikit minyak dan kukus selama 15 minit atau sampai masak.

7. Akhir sekali, hidangkan dengan kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam.

Tips berguna untuk kuih apam nasi yang menjadi elok:

  • Kelapa parut elok dikukus sekejap sebelum dihidang supaya kuih tahan lebih lama dan tak cepat basi.
  • Acuan perlu disapu minyak, terutama jika guna acuan baru. Pastikan sapu rata untuk elak kuih melekat.
  • Bagi mengelakkan kuih berongga besar, selepas adunan diperap dan naik, gaul semula adunan sebelum dituangkan ke dalam acuan. Setiap kali nak masukkan ke dalam acuan, gaul dulu.

Selamat mencuba!

Sumber: Lily Yana Anwar

Baca juga: Apam Nasi Sukatan Cawan Ala Paddle Pop, Cantik Dan Gebu Bukan Main!

Aimi

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago