
Siapa yang tak suka kuih apam bukan? Lebih-lebih lagi yang gebu, lembut dan wangi susu seperti resepi Apam Susu yang membuatkan kita teringat kuih-muih zaman dulu.
Apam Susu sentiasa menjadi kegemaran seisi keluarga sejak dulu lagi. Bukan saja mudah dibuat, malah hasilnya elok serta naik gebu apabila dikukus.
Izzafaiqaainaa Mohd Nor telah kongsikan resepi Apam Susu di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana hasilnya berwarna-warni dan cukup gebu. Jom kita cuba!
Baca juga: Rahsia Apam Gula Hangus Naik Menggunung, Tambah Bahan ‘Ini’ Baru Menjadi!
RESEPI APAM SUSU

Bahan A:
Bahan B:
- 2 cawan tepung (saya guna jenama Faiza)
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan C:
- 4 sudu besar susu pekat
- 6 sudu besar minyak masak
- 3 sudu besar susu cair
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, guna mixer dengan kelajuan tinggi dan pukul semua bahan A sampai kembang lebih kurang dalam 5 hingga 7 minit.
2. Selepas itu, ayak semua bahan B pula.
3. Bagi adunan dalam mixer tadi, guna kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak tadi.
4. Kemudian, masukkan bahan C dan pukul sampai sebati.
5. Apabila agak-agak semua sudah sebati, boleh berhentikan mixer.
6. Seterusnya, bahagikan lebih kurang kepada 3 atau 4 bahagian dan letak pewarna yang disukai.
7. Selepas itu, sapu acuan dengan marjerin atau minyak dan letak adunan apam mengikut kreativiti masing-masing.
8. Akhir sekali, kukus selama 40 minit atau sampai masak dengan menggunakan api sederhana. Siap untuk dinikmati!

Setelah anda mencuba resepi ini dan dapat hasil menjadi, jangan lupa simpan untuk buat lagi. Jika rajin, boleh juga jadikan sumber pendapatan kecil-kecilan.
Selamat mencuba!
Sumber: Izzafaiqaainaa Mohd Nor
Baca juga: Apam Susu Pandan Dengan 3 Langkah, Hasil Gebu Montok Macam Kek!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














