Sesiapa yang sering memasak di rumah pasti pernah hadapi masalah jantung pisang jadi lebam kehitaman selepas direbus. Sebenarnya, ada cara rebus jantung pisang supaya tak hitam.
Pelbagai petua digunakan untuk merebus jantung pisang seperti tambah garam, masuk minyak dan letak asam keping. Tapi, hasilnya masih tak seperti yang diharap.
Mariana Abd Majid telah kongsikan di Facebook tentang cara merebus jantung pisang yang sangat ringkas dan mudah, tetapi hasilnya memang menjadi. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Rahsia Simpan Bunga Kantan Agar Tak Berbirat Hitam, Kekal Segar & Cantik Macam Baru Petik!
1. Mula-mula, ambil sebiji jantung pisang dan terus rebus dalam air biasa (jangan belah atau potong).
2. Tak perlu masukkan apa-apa bahan tambahan seperti garam, minyak atau asam keping sekalipun.
3. Selepas itu, rebus sampai jantung pisang jadi lembut.
4. Apabila sudah cukup lembut, toskan air rebusan.
5. Kemudian, terus rendam dalam air sejuk atau air paip untuk hentikan proses memasak dan kekalkan warna.
6. Apabila sudah sejuk sepenuhnya, baru belah jantung pisang dan boleh gunakan untuk masak hidangan yang disukai.
Buat pengetahuan anda, pekongsi menggunakan jenis jantung pisang awak dan hasilnya memang nampak segar dan putih walaupun hanya direbus begitu saja.
Pekongsi pernah mencuba jenis jantung pisang lain, tapi hasilnya tak seputih ini. Jadi, jenis pisang itu sendiri memang memainkan peranan penting.
Setelah menggunakan cara ini, anda akan dapati jantung pisang yang direbus kekal putih dan cantik seperti yang selalu diimpikan apabila nak masak lemak atau kerabu.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Mariana Abd Majid
Baca juga: Wanita Dedah Petua Hilangkan Pahit Peria, Siap Ajar Cara Goreng Bagi Rangup Macam Kerepek!
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…