Categories: Resipi

Kopeh Ayam Kelantan Yang Dipuji Sedap, Kuah Pekat Berempah & Kaki Ayam Lembut Merekah!

Kopeh ayam merupakan antara hidangan tradisional Kelantan yang cukup popular dalam kalangan penggemar kaki ayam. Dengan kuah gulai yang pekat, berempah dan berlemak santan, menu ini memang mampu membuatkan sesiapa sahaja bertambah nasi.

Jika anda sedang mencari resipi kopeh ayam yang sedap, perkongsian oleh Afy AL Habibi ini boleh dijadikan rujukan. Rahsianya terletak pada proses mereneh yang lama sehingga kaki ayam menjadi lembut merekah dan rempah meresap sepenuhnya ke dalam isi ayam.

Baca juga: Resepi Gulai Udang Galah Pekat Berempah, Letak Fucuk Jadi ‘Extra’ Sedap Sampai Bertambah Nasi

RESIPI KOPEH AYAM KELANTAN

Bahan-Bahan Kisar:

  • ½ inci halia
  • 1 ulas kecil bawang putih
  • 2 biji bawang merah saiz sederhana atau 5 biji bawang merah kecil

Bahan-Bahan Lain:

  • Bahan tumis lima sekawan secukupnya
  • 7 sudu besar rempah kari Kelantan
  • Secubit serbuk lada
  • 1½ senduk minyak masak
  • 1 cawan air
  • 2 cubit kecil asam jawa
  • ½ keping nise
  • 1 sudu kecil perencah
  • 1 sudu besar garam
  • 1½ sudu besar gula
  • Kaki ayam, leher ayam dan bahagian ayam lain secukupnya
  • 1½ cawan air
  • 162 gram santan asli (lebih kurang ¾ gelas)
  • 1 cawan air tambahan
  • 1 sudu kecil kerisik
  • 2 tangkai lada solok

Cara-Cara Penyediaan:

1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah sehingga halus.

2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan lima sekawan sehingga naik bau.

3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga bawang mula garing.

4. Masukkan rempah kari Kelantan bersama serbuk lada. Gunakan api perlahan dan kacau sebati.

5. Tuangkan 1 cawan air bersama asam jawa. Masak sehingga pes rempah pecah minyak, kira-kira 4 hingga 5 minit.

6. Masukkan nise, perencah, garam dan gula. Kacau sehingga semuanya larut dan sebati.

7. Masukkan kaki ayam, leher ayam serta bahagian ayam lain yang digunakan. Gaul sehingga bersalut dengan rempah.

8. Tambahkan 1½ cawan air dan biarkan mereneh selama lebih kurang 45 minit menggunakan api perlahan.

9. Jika air semakin kering tetapi kaki ayam masih belum empuk, tambah sedikit air dan teruskan mereneh sehingga kulit kaki ayam mula merekah.

10. Masukkan santan asli dan secawan air mengikut kepekatan kuah yang diingini.

11. Perasakan semula dengan garam, gula atau nise jika perlu.

12. Masukkan kerisik dan lada solok, kemudian biarkan kuah mendidih selama 5 hingga 10 minit sebelum ditutup api.

Tips Memasak Kopeh Ayam Lebih Sedap

  • Gunakan api perlahan sepanjang proses memasak supaya rempah tidak hangus dan lebih meresap.
  • Reneh sehingga kulit kaki ayam merekah untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan mudah dimakan.
  • Nise membantu menghasilkan rasa manis tradisional yang menjadi identiti gulai Kelantan.
  • Santan asli memberikan kuah yang lebih lemak, pekat dan beraroma.
  • Kerisik menjadikan kuah lebih berkrim serta menaikkan lagi rasa gulai.

Siap, kopeh ayam Kelantan yang kaya dengan rempah dan lemak santan ini memang paling sedap dinikmati bersama nasi putih panas. Sekali cuba, memang susah nak berhenti menambah!

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Singgang Ayam Kelantan Ini Memang Lain Macam, Patutlah Ramai Kata Sedap Bertambah Nasi

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

10 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

11 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

12 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

13 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

13 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

13 hours ago