resepi gulai udang galah

Kalau anda sedang cari resepi gulai udang galah yang mudah tapi hasilnya memang kaw, perkongsian daripada Azliana Ahmad ini patut masuk dalam senarai wajib cuba. Dengan bahan yang ringkas dan langkah yang tak renyah, anda boleh hasilkan gulai udang galah berkuah pekat, pedas berempah dan cukup menyelerakan.

Apa yang buat resipi ini lain daripada yang lain adalah penggunaan fucuk yang menyerap kuah gulai dengan sempurna, menjadikan setiap suapan lebih ‘berisi’ dan puas!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!

RESEPI GULAI UDANG GALAH PEKAT BEREMPAH

resepi gulai udang galah

Bahan-bahan:

  • ½ kilo udang galah
  • Fucuk secukupnya (rendam hingga kembang)
  • 1 helai daun kunyit
  • Santan
  • 1 keping asam keping
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan-bahan kisar:

  • 20 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
  • 3 biji cili merah besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan kisar sehingga halus.

2. Bersihkan udang galah dan gaulkan dengan sedikit garam serta kunyit.

3. Panaskan minyak dan goreng udang sekejap sahaja, kemudian angkat dan ketepikan.

4. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.

5. Masukkan santan, udang galah dan fucuk yang telah dipotong (anggaran 1½ inci).

6. Biarkan masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat.

7. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam, gula serta perasa mengikut selera.

8. Akhir sekali, hiriskan daun kunyit dan masukkan ke dalam gulai. Siap untuk dihidangkan!

Tip Supaya Gulai Lebih Sedap:

  • Goreng udang sekejap sahaja untuk kekalkan isi manis dan tidak keras
  • Masak hingga kuah betul-betul pecah minyak untuk rasa lebih padu
  • Fucuk jangan lupa rendam sampai kembang supaya serap kuah dengan baik

Resepi gulai udang galah ini memang sesuai untuk hidangan tengah hari atau makan malam bersama keluarga. Kuahnya yang pekat, pedas dan berlemak memang buat nasi bertambah tanpa sedar.

Kalau anda peminat lauk kampung berasaskan santan, resipi ini memang tak boleh dilepaskan.

Selamat mencuba!

Sumber: Azliana Ahmad

Baca juga: Resepi Udang Goreng Salt & Pepper Luar Garing Dalam Juicy, Nampak Terus Berebut Nak Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN