Makanan yang berasal dari negara Thailand merupakan antara hidangan yang paling digemari ramai terutamanya rakyat Malaysia. Keistimewaan dan keunikan rasanya mampu membangkitkan selera. Selain daripada tomyam, menu kerabu dan somtam juga adalah antara yang menjadi pilihan ramai. Walaupun nampak simple, tapi rasanya yang masam masam manis boleh buat orang kecur air liur tau! Jadi, hari ini kami ingin kongsikan resepi kerabu sotong yang sangat sedap dan paling penting mudah untuk disediakan. Jom ikuti perkongsian daripada Khadijah Jaafar di Facebook.
MyResipi
Nusantara
Medium
6 ekor sotong saiz sederhana
2 biji buah pelam muda – diracik halus
1 batang daun ketumbar – dihiris kasar
1/2 biji bawang besar merah – dihiris nipis
1/2 biji bawang besar holland – dihiris nipis
1 biji cili merah atau 4 tangkai cili padi merah – dihiris
1 biji cili hijau atau 4 tangkai cili padi hijau
10 biji tomato ceri – dibelah dua
1 paket kecil suhun
3 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar gula perang
2 biji limau nipis – diambil jus
Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan sotong dalam 5 minit. Angkat dan toskan supaya sotong kering.
Dalam air rebusan yang sama, celurkan suhun sehingga lembut. Angkat dan toskan.
Kemudian, hiris pelam muda, batang daun ketumbar, bawang merah, bawang holland, cili padi dan cili besar.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar supaya mudah dikacau.
Satukan bahan sos dan tuangkan ke dalam bekas.
Rasa dan sesuaikan mengikut selera anda. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
Kredit: Khadijah Jaafar
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…