Makanan yang berasal dari negara Thailand merupakan antara hidangan yang paling digemari ramai terutamanya rakyat Malaysia. Keistimewaan dan keunikan rasanya mampu membangkitkan selera. Selain daripada tomyam, menu kerabu dan somtam juga adalah antara yang menjadi pilihan ramai. Walaupun nampak simple, tapi rasanya yang masam masam manis boleh buat orang kecur air liur tau! Jadi, hari ini kami ingin kongsikan resepi kerabu sotong yang sangat sedap dan paling penting mudah untuk disediakan. Jom ikuti perkongsian daripada Khadijah Jaafar di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Kredit: Khadijah Jaafar
BAHAN-BAHAN
  • 6 ekor sotong saiz sederhana

  • 2 biji buah pelam muda – diracik halus

  • 1 batang daun ketumbar – dihiris kasar

  • 1/2 biji bawang besar merah – dihiris nipis

  • 1/2 biji bawang besar holland – dihiris nipis

  • 1 biji cili merah atau 4 tangkai cili padi merah – dihiris

  • 1 biji cili hijau atau 4 tangkai cili padi hijau

  • 10 biji tomato ceri – dibelah dua

  • 1 paket kecil suhun

BAHAN SOS
  • 3 sudu besar sos ikan

  • 1 1/2 sudu besar gula perang

  • 2 biji limau nipis – diambil jus

Kredit: Khadijah Jaafar
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan sotong dalam 5 minit. Angkat dan toskan supaya sotong kering.

  • Dalam air rebusan yang sama, celurkan suhun sehingga lembut. Angkat dan toskan.

  • Kemudian, hiris pelam muda, batang daun ketumbar, bawang merah, bawang holland, cili padi dan cili besar.

  • Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar supaya mudah dikacau.

  • Satukan bahan sos dan tuangkan ke dalam bekas.

  • Rasa dan sesuaikan mengikut selera anda. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Khadijah Jaafar

Kredit: Khadijah Jaafar

Selamat Mencuba

Kredit: Khadijah Jaafar

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.