Sekiranya anda menginginkan sebuah hidangan pencuci mulut yang mengandungi pelbagai rasa seperti manis, masam dan juga berlemak, apa kata korang cuba resepi pavlova. Untuk pengetahuan korang, nak sediakan pavlova ini tidaklah begitu sukar kerana bahan utama yang diperlukan hanyalah putih telur dan gula sahaja. Jadi mari kita cuba resepi pavlova mudah yang dikongsikan oleh Nurul Ashikin di kumpulan Kongsi Resepi Sedap Dan Mudah di Facebook.
MyResipi
Pencuci Mulut
Easy

4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen Vanila
1 cawan whipped Cream
1/2 cawan gula ising
Buah buahan yang masam (strawberry, anggur & kiwi)
Pastikan mangkuk dan pemutar kering dan tidak berminyak, pastikan bersih supaya pavlova cantik.
Pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental dan bertanduk (nak tahu dah okay atau tidak kena terbalik atas kepala dan tak jatuh).
Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. Kacau balik adunan menggunakan spatula bukan senduk kari. Sambil tu panaskan oven 150’c 15min.
Bakar pada suhu 140`c selama 1 jam atau 1 jam 15 min, selepas masak biarkan di dalam oven yang terbuka sikit sehingga sejuk.
Pukul whipped cream dan ising sugar sehingga kembang. lapiskan dengan whipped cream dan hiaskan dengan kreativiti masing-masing.
Kredit : Nurul Ashikin
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…