Musim-musim batuk sekarang ini, memang ramai yang mengadu tekak mula rasa gatal dan tidak selesa. Paling terseksa apabila terkena batuk kering yang tidak pecah-pecah kahak, sehingga dada rasa sakit dan terkencing-kencing dibuatnya. Kalau anda sudah makan ubat batuk klinik dua tiga hari tetapi masih belum pulih, apa kata cuba amalkan petua khasiat bawang putih bakar yang sangat mujarab ini sebagai alternatif semula jadi.
Bawang putih memang terkenal sejak zaman-berzaman sebagai ‘antibiotik semula jadi’ dalam dunia masakan dan perubatan tradisional. Apabila bawang putih dibakar, sebatian aktif di dalamnya akan bertindak balas dan teksturnya menjadi lembut seperti ulam. Ramai yang sudah mencuba dan mengakui bahawa kaedah tradisional ini sangat berkesan untuk mencairkan kahak yang tersumbat serta melegakan kegatalan tekak dengan cepat.
Proses untuk menyediakannya pula sangat mudah dan menggunakan satu bahan sahaja yang memang sedia ada di dapur anda. Selepas makan bawang putih bakar ini, badan mungkin akan bertindak balas dengan batuk untuk seketika. Tetapi jangan risau, itu tandanya kahak sedang dipecahkan untuk dikeluarkan. Jom lihat cara penyediaan ubat batuk alami yang dikongsikan oleh pengguna media sosial ini!
Baca juga: Cara Hilangkan Kesan Kunyit Pada Tangan Dengan Cepat & Mudah, Sekelip Mata Kembali Bersih!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan & aturan makan:
1. Langkah Pertama: Bakar Bawang Putih
Ambil satu labu bawang putih (tidak perlu dikupas kulitnya terlebih dahulu). Letakkan di atas dapur gas dengan api yang paling kecil. Bakar dan balik-balikkan labu bawang putih tersebut supaya ia masak merata sehinggakan kulit luarnya kelihatan hangus kehitaman.
2. Langkah Kedua: Kupas dan Bersihkan
Selepas bawang putih sudah siap dibakar, angkat dan biarkan ia sejuk seketika pada suhu bilik. Selepas sudah sejuk, kupas kulitnya perlahan-lahan dan buang bahagian-bahagian yang hangus hitam sahaja. Ambil bahagian ulas bawang putih yang sudah lembut di dalam.
3. Langkah Ketiga: Aturan Mengamalkannya
Makan dalam 2 hingga 3 ulas sekali makan. Amalkan petua ini sebanyak 2 ke 3 kali sehari.
Nota MyResipi: Bagi yang tidak biasa, rasa bawang putih bakar ini mungkin agak kurang sedap dan sedikit maung. Kalau anda tidak sanggup nak kunyah begitu sahaja, boleh jadikannya sebagai ulam dan makan bersama nasi panas. Niatkan ia sebagai ikhtiar ubat untuk cepat sembuh. Selamat mencuba!
Sumber: Rozza Roha
Baca juga: Tips Halau Lalat Guna Serai, Tak Sangka Boleh Buat Semua ‘Cabut Lari’ Dari Rumah
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…