Categories: Resipi

Resipi Sos Bolognese Cara Ekspres & Jimat Poket, Tapi Kuah Tetap Pekat Likat & Umami!

Kalau anda sedang mencari cara buat sos bolognese yang sedap, pekat dan tak leceh, resipi ini memang sesuai sangat untuk dicuba. Sos ini bukan saja mudah dibuat, tapi rasa dia juga lebih “umami” sebab menggunakan teknik ‘grill’ tomato yang menaikkan rasa manis semula jadi.

Resipi ini sesuai untuk hidangan keluarga besar dalam anggaran 8 orang makan. Lagi menarik, bahan-bahan pun ringkas dan mudah dibeli. Tak perlu susah-susah rebus dan buang kulit tomato satu per satu kalau anda pilih guna cara seperti dalam resipi ini.

Tekstur sos ini juga boleh disesuaikan ikut cita rasa. Kalau nak halus boleh kisar, nak kasar dan pekat boleh lenyek terus. Memang fleksibel dan sesuai untuk yang suka masak ikut gaya tersendiri.

Baca juga: Resipi Spageti Aglio Seafood, Kena Masak Begini Barulah Berjus & Tak Kering!

CARA BUAT SOS BOLOGNESE VERSI JIMAT & CEPAT UNTUK 8 ORANG MAKAN

Bahan-bahan:

  • 6 biji tomato
  • 2 biji bawang merah (dadu)
  • 5 ulas bawang putih (dadu)
  • 1 senduk cili kisar/cili boh (guna yang tidak pedas)
  • 2 helai daun bay (optional)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 batang lobak merah (dadu halus)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Ayam cincang atau daging cincang
  • 1 tin cendawan butang (hiris nipis)
  • 1 liter air
  • Gula, garam dan serbuk perasa (ikut citarasa)
  • 1 sudu besar Italian herbs
  • Meatball goreng (optional)
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuhan air, jika kuah cair)
  • Limau nipis (optional untuk tambah rasa masam)
  • Sosej (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan pan dan grill tomato terlebih dahulu. Tutup pan dan biarkan kira-kira 10 minit sehingga tomato menjadi lembut.
  2. Buang kulit tomato yang telah lembut, kemudian lenyekkan terus dalam pan. Jika anda sukakan tekstur sos yang lebih halus, boleh juga rebus tomato terlebih dahulu, buang kulit dan kisar sebelum digunakan.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang. Tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar atau cili boh, kemudian masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun bay dan lada hitam, kemudian kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan lobak merah, sos cili, sos tomato, ayam atau daging cincang serta cendawan butang. Kacau rata dan masak beberapa minit.
  7. Tuangkan 1 liter air dan biarkan sos mendidih.
  8. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  9. Masukkan meatball yang telah digoreng dan taburkan Italian herbs. Jika suka, boleh juga tambah sosej untuk menjadikan sos lebih mengenyangkan.
  10. Renehkan sos menggunakan api sederhana selama kira-kira 45 minit supaya semua bahan sebati dan sos menjadi lebih pekat. Jika kuah masih cair, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mencapai kepekatan yang diingini.
  11. Akhir sekali, rasa sos. Jika kurang masam, perahkan sedikit limau nipis. Jika warna sos kurang merah, boleh tambah sedikit lagi sos tomato mengikut kesesuaian.

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Jom Cuba Resipi Spageti Tuna Ini, Makan Banyak Pun Tak Muak

Wan N

Recent Posts

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Telur Versinya, Bahan-Bahan Mudah Cari & Sangat Ringkas

Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…

3 days ago

Setiap Negeri Ada Cerita, Ini Hidangan Ikonik Dan Resipi Ringkas Dari Seluruh Malaysia

Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…

3 days ago

Resipi Puding Buah Koktail, Sejuk-Sejuk Masuk Mulut Memang Nikmat!

Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…

3 days ago

Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur

Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…

3 days ago

Tokey Kedai Makan Dedah Resipi Serbuk Perasa, Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan

Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…

3 days ago

Cara Lembutkan Ayam Beku Dalam 10 Minit, Rupanya Guna 3 Bahan Ini Saja!

Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…

3 days ago