Yang mana suka sangat kerabu, wajib baca resipi kerabu daging pedas atau nue nam tok ini sehingga habis! Bukan setakat sedap, tapi sangat mudah untuk dibuat.
Gabungan rasa masam, pedas, manis memang ralit jika diratah begitu sahaja.
Resipi oleh Cik Puan Nora Azni ini telah mendapat 455 perkongsian di laman sosial Facebook beliau.
Jom sama-sama tengok resipi lemgkap dibawah1
Baca juga: Cucur Kembung LEGEND, Memang Teringat Kampung!
RESIPI KERABU DAGING PEDAS
Bahan untuk Perap Daging:
- Daging segar (cukup untuk 3 orang makan)
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 batang serai (dihiris serong)
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar kicap manis
Cara Penyediaan:
1. Potong daging supaya senang dipanggang dan cepat masak.
2. Campurkan semua bahan perap dengan daging. Gaul sebati dan biarkan selama 1 jam. Jika lebih lama perap, lebih sedap.
3. Selepas itu, panggang daging sehingga masak. Jangan panggang terlalu lama supaya kesedapan dan jus daging tidak hilang.
4. Setelah masak, angkat daging dan biarkan seketika sebelum dipotong.
Bahan-Bahan Tambahan:
- Daun ketumbar
- Daun pudina
- Kobis (dihiris nipis)
- 1 batang serai (diracik)
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 3 biji limau nipis (perah jus)
- 2 sudu besar chili flakes
- Sos ikan
- Gula
- Garam
- 1 sudu besar beras yang telah digoreng dan ditumbuk
Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan di atas dengan daging yang telah dipanggang dan dipotong.
2. Pastikan semua rasa cukup – sedap, pedas, masam, manis dan segar.
Selamat mencuba!
Sumber: Nora Azni