kepak ayam lemon pepper

Jom cuba buat Kepak Ayam Lemon Pepper ini. Resipi ini fyp di laman Tiktok hingga mencecah lebih 400K tontonan tau!

Ini kalau makan panas- panas, berebut jugalah dengan anak-anak nanti. Tak cukup seorang satu, paling tidak mesti 3 hingga 5 ketul.

Baca juga: Cara Buat Kepak Ayam Manis-manis Pedas, Tinggal Bakar Dalam Oven Je!

Paling best, untuk cuba resipi ini, hanya gunakan bahagian kepak sahaja kesemuanya. Senang nak bahagikan dan rasa pun lebih sedap! Dan paling penting kita tak bakar, tapi kita goreng dalam kuali!

Ikuti resipi dari perkongsian @hazwancooks yang mudah dan simple ini. Senang je bahan yang digunakan untuk buat kepak ayam lemon pepper.


RESIPI KEPAK AYAM LEMON PEPPER

KEPAK AYAM LEMON PEPPER

Bahan-bahan:

  • Kepak ayam (400g – 9 ketul)
  • 1/4 sudu kecil
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu seasoning Lemon Pepper
  • 1 cawan tepung jagung

Bahan Sos:

  • 3 sudu mentega
  • 3/4 sudu perasa LP
  • 1/2 sudu jus lemon
  • 2 sudu madu (kalau tak cukup, adjust dengan gula)
  • Daun Parsely – hiasan

Cara-cara penyediaan: 

1. Mula-mula, perasakan kepak ayam dengan garam, serbuk cili, lemon pepper seasoning, tepung jagung, dan baking soda. Gaul sebati.

2. Panaskan kuali. Kemudian, deep fry kepak ayam kira-kira 8 minit. Angkat dan rehatkan sekejap ayamnya

3. Kemudian, deep fry sekali lagi selama 8 minit juga. Bila mengoreng dua kali, kulit ayam itu akan jadi lebih rangup tetapi masih juicy di dalam. Angkat dan toskan.

4. Untuk bahan sos pula, cairkan butter dan tambah lemon pepper seasoning dan madu. Kacau sebati dan sosnya siap. 

5. Gaul sos tadi bersama kepak ayam yang sudah digoreng. Hiaskan dengan daun parsley.

6. Sedia untuk dihidang!

Video Penuh: 

@hazwancooks

Episode 5 : Lemon Pepper Wings 😋🍋🧂 Ingredients : Season ayam (400g – 9 ketul) 1/4 sudu kecil 1 sudu serbuk cili 1 sudu LP seasoning 1 cup tepung jagung Sauce : 3 sudu butter 3/4 sudu LP seasoning 1/2 sudu jus lemon 2 sudu madu (kalau xcukup adjust dengan gula) Parsely to finish #hazwancooks #lemonpepperwings

♬ original sound – Hazwan Ramli – Hazwan Ramli


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Kepak Ayam Teriyaki Air Fryer, Sedap Dimakan Bersama Nasi Butter Dan Coleslaw

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN