kepak ayam bakar madu

Jika anda mencari sesuatu makanan yang sedap meratah hingga ke tulang, resipi kepak ayam madu bakar ini jawapannya! Rasa madu yang manis dicampur dengan sos cili yang pedas pasti buatkan anda ralit memakannya.

Dalam resipi ini juga, penggunaan madu akan menyebabkan ayam kelihatan sedikit hitam kerana kandungan gula yang terbakar, tetapi ini yang memberikan ayam rasa karamel yang sedap.

Selain itu, anda boleh mengawal tahap kepedasan dengan menambah atau mengurangkan cili flakes atau sos cili Thai.

Jom cuba resipi santai di bawah ini.

Baca lagi: Biskut Kacang Pis, Rangup Kejadiannya Terutama Jika Guna Tepung Jenis Ini!

RESIPI KEPAK AYAM BAKAR MADU

Bahan-bahan:

  • 15 ketul kepak ayam

Bahan-bahan tumbuk:

  • 6 ulas bawang putih (jika mahu lebih cepat, boleh gantikan dengan 1 sudu besar serbuk bawang putih)
  • 1 inci halia (boleh juga guna 1 sudu besar serbuk halia)

Bahan-bahan lain:

  • 5 sudu besar madu
  • 4 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis Enaq
  • 1 sudu besar lada hitam berbiji, dihancurkan halus
  • 2 sudu besar cili flakes (untuk rasa pedas, boleh tambah jika suka)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos cili Thai (untuk rasa lebih pedas manis)
  • 1 sudu besar serbuk Maggi (untuk menambah perisa)
  • Sedikit pewarna merah

Cara Penyediaan:

1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat atau gunakan serbuk bawang putih dan serbuk halia sebagai pengganti untuk lebih cepat. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kepak ayam yang telah disediakan.

2. Tambah madu, gula perang, kicap pekat (jika guna), kicap manis, lada hitam, cili flakes, sos cili, sos cili Thai, serbuk Maggi, dan sedikit pewarna merah ke dalam kepak ayam.

3. Gaulkan semua bahan sehingga ayam disaluti perapan dengan rata. Perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua rasa meresap ke dalam daging.

4. Panaskan oven pada suhu 180°C. Susun kepak ayam di atas dulang bakar dan bakar selama 15-20 minit. Jangan lupa untuk balik-balikkan ayam supaya masak dengan sekata.

5. Jika anda menggunakan Air Fryer (AF), masa dan suhu yang sama boleh digunakan, tetapi pastikan untuk alih-alihkan ayam supaya tidak terlalu hitam di satu bahagian sahaja.

6. Jika ada lebihan sos perapan, jangan dibuang! Masak lebihan sos tersebut di atas api sederhana hingga mendidih. Tambah sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.

7. Setelah ayam masak, sapukan sos pekat ini di atas ayam untuk menambah rasa manis pedas yang menggoda.

Sumber: Makcik Ratu 

Baca lagi: Resipi Daging Goreng Belengas, Penuh Rasa Manis & Pedas Buatkan Terliur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN