air zamzam

Umum mengetahui yang air zamzam berasal dari telaga di kawasan Masjidil Haram, Mekah.

Kebiasaannya, bagi umat Islam yang menunaikan Haji dan Umrah akan berkunjung ke telaga zamzam dan bawa pulang ke tanah air untuk disedekahkan atau disimpan sebagai bekalan.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengeluarkan satu posting di Facebook tentang larangan jualan air zamzam.

Baca juga: Pelanggan Nekad Tembak Mati Pekerja Subway, Berang Dapat Sandwich Mayonis ‘Lebih’

Ini kerana, ada yang mengambil kesempatan dengan membuat perniagaan air Zamzam disebabkan permintaan yang tinggi kerana banyak khasiatnya.

Posting BKKM

Melalui posting tersebut, BKKM menegaskan bahawa penjualan air zamzam dilarang dan pihak yang terlibat boleh dikenakan penjara tidak lebih 2 tahun atau denda sebanyak RM10,000.

Ini disebabkan banyak laporan yang diterima setiap kali musim haji, beberapa pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan buat keuntungan mudah dengan mengimport, menjual, mengedar secara haram.

Untuk pengetahuan, air zamzam ini termasuk dalam kategori air mineral semula jadi yang telah termaktub di bawah Peraturan360A, Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Bagi yang mempunyai maklumat tentang kegiatan haram ini, diminta menyalurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga korang boleh lakukan secara atas talian di laman web rasmi dan laman Facebook KKM.


Sumber: Facebook BKKM

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN