Bagi penggemar kentang putar, resipi hari ini wajib anda cuba kerana bahan yang digunakan tidak banyak namun rasanya setaraf kedai-kedai western di luar!
Kalau beli, sudah tentu koyak poket dengan harga sekarang yang melambung tinggi. Tetapi, kalau buat sendiri lagi berbaloi kerana boleh sesuaikan ikut tekak anda.
Resipi oleh Ciklyn yang dikongsikan oleh Cik Puan Rabi ini telah mendapat sebanyak 19,000 perkongsian di laman sosial media Facebook.
Baca juga: Ayam Pedas Korea, Resipi Paling Senang Untuk Dicuba!
RESIPI KENTANG PUTAR SIMPLE
Bahan-bahan untuk kentang putar:
- 8 biji kentang
- 1 kotak kecil susu segar
- Sedikit mentega (anggaran 2-3 sudu besar)
- Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-cara untuk membuat:
1. Kupas kulit kentang dan potong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus selama lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
2. Apabila kentang sudah empuk, toskan airnya.
3. Masukkan sedikit mentega ke dalam kentang yang telah ditoskan dan lenyek hingga halus.
4. Tambahkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Jika suka pedas, boleh tambahkan lebih.
5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit mengikut citarasa untuk memberikan rasa berlemak dan gebu pada kentang. Lenyek hingga rata. Untuk kemudahan, gunakan hand blender bagi mendapatkan tekstur yang halus.
Bahan-bahan untuk sos gravy:
- 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
- 4 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum atau tepung jagung
- 2 kiub ayam
- Lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- 2 1/2 cawan air
Cara-cara untuk membuat sos gravy:
1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih dengan api sederhana hingga bawang bertukar sedikit perang (warna karamel).
2. Masukkan tepung gandum atau tepung jagung dan kacau terus sehingga tepung bertukar warna coklat atau mencapai warna sos yang diinginkan.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga sebati. Tutup api dan masukkan campuran ke dalam blender. Kisar hingga halus.
4. Masak semula sos di atas api sederhana.
5. Masukkan kiub ayam dan lada hitam serta lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
6. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air lagi.
7. Kacau hingga rata dan tutup api. Jika sos berketul, masukkan semula ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul.
Sumber: Ciklyn
Baca juga: Kek Oren Kampung, Bau Klasik Buat Kita Teringat Air Tangan Nenek