restoran mewah

Pernah tak terfikir jika ke restoran mewah, kenapa kuantiti makanan yang dihidangkan nampak sedikit di atas pinggan yang besar?

Mesti korang rasa macam tak berbaloi nak makan kan? Ataupun itulah kali terakhir korang akan jejak kaki ke restoran mewah.

Untuk artikel kali ini, min akan terangkan kenapa restoran mewah menghidangkan makanan dalam kuantiti yang sedikit dan hiaskannya seperti seni.

Baca juga: Cara Buat Beef Wellington Versi Mudah & Halal

Korang mungkin terkejut dengan fakta di bawah.

1. Setiap hidangan mengandungi bahan yang mahal dan sukar didapati

Hidangan dengan bahan berkualiti adalah perkara biasa boleh jumpa di restoran mewah.

Satu paun daging lembu Wagyu boleh berharga RM800 dan sekilogram kaviar berharga kira-kira RM43,000.

Bayangkan mencipta hidangan penuh tambah truffle putih Itali (kira-kira RM32,000 setiap kg). Harganya boleh menjadi lebih tinggi!

2. Hidangan nampak lebih elegan

Selalunya hidangan yang lebih kecil akan mudah untuk digayakan dan nampak lebih elegan.

Pelanggan akan lebih mudah menikmati kerana sudah nampak cantik di mata dan akan memberi impak kepada perspektif rasa di mulut.

3. Dapat merasai semua hidangan tanpa perlu risaukan perut

Restoran mewah kebiasaanya menyajikan 3 hidangan – pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

Namun bagi santapan mewah, set makanan boleh mencecah kepada 12 hidangan.

12 hidangan itu adalah;

  • Fingers food
  • Pembuka selera
  • Sup
  • Salad
  • Ikan
  • Hidangan utama
  • Pencuci mulut
  • Hidangan utama kedua
  • Keju
  • Pencuci mulut kedua
  • Minuman/pastri

Disebabkan itulah restoran mewah mengurangkan jumlah makanan dalam satu hidangan supaya pelanggan dapat merasai kesemua jenis hidangan tanpa perlu kosongkan perut.

4. Setiap hidangan adalah hasil seni seseorang chef

Terdapat satu makanan di Perancis yang dipannggil Gargoillou, iaitu sejenis hidangan dengan 16 sayur-sayuran yang berbeza, dimasak pula secara berasingan.

Pinggan akan disusun sebagai karya seni dan membuatkan pelanggan tertarik hati untuk lebih menikmati hidangan tersebut.

5. Beri lebih kesan premium dan berkualiti untuk sesuatu hidangan

Menjadi sebahagian daripada event eksklusif adalah sesuatu yang boleh banggakan diri sendiri.

Siapa je yang tak kisah nak habiskan duit dekat makanan asalkan hati dan perut puas?

Jadi, tak peliklah kalau korang ada akses ke tempat dan makanan mewah membawa emosi yang sama, terutamanya apabila hidangan itu mengandungi sejumlah kecil bahan yang dianggap berkualiti.


Korang ada pengalaman makan di restoran mewah? Jom kongsi di ruangan komen!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN