Dapur Tempur minggu kelima menyaksikan para peserta perlu menyediakan hidangan berasaskan doh dan hidangan berasaskan itik.
Cabaran berasaskan doh mungkin tidak sukar, namun berbeza dengan cabaran memasak itik kerana ketiga-tiga peserta tidak pernah memasak itik sama sekali.
Apa mengejutkan di cabaran memasak menu itik, hanya salah seorang daripada pasangan dibenarkan memasak. Manakala seorang lagi perlu duduk dan membantu pasangan dengan cara memberi panduan sahaja.
Berjayakah mereka menyahut cabaran tersebut dalam menghasilkan hidangan yang memuaskan hati para juri? Siapakah di antara mereka yang akan menjadi juara mingguan dan akan berentap ke minggu seterusnya?
Tiga pasangan Dapur Tempur yang akan berentap pada minggu kelima ini adalah Seketul Rasa – kakak dan adik (Shima & Hanis), Zest – abang dan adik (Haiza & Hafzy) dan Masam Manis – suami isteri (Muiz & Arieni).
Pelakon dan juga pelawak, Bell Ngasri telah dijemput sebagai juri jemputan untuk minggu ini bagi menilai masakan kesemua pasangan Dapur Tempur.
Jangan lupa tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.
Dapur Tempur dibawakan oleh Panasonic, hidup sihat setiap hari bersama Panasonic. dan juga Nona, Jom #NonaKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Cara & Seenak Rasa.
Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.
Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.
#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy
Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…
Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…
Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…
Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…
Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…
Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…