Categories: Resipi

Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Ikan Ayo, Nak Lagi Berlemak Tambah ‘INI’!

Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi ini adalah versi tanpa tumis yang diajar oleh ibu Cik Puan Farah Yasmin Hms.

Ia mungkin serupa atau sedikit berbeza dengan cara anda memasaknya, tetapi hasilnya tetap enak dan asli. Kuahnya yang kaya dengan rasa lemak santan, sedikit manis dari nise, dan pedas-pedas cili pasti memikat selera.

Jom kita pelajari cara membuatnya!

Baca lagi: Resipi Agar-Agar Soya Cincau Yang Unik, Pasti Ramai Tak Pernah Cuba!

RESIPI GULAI IKAN AYO

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan ayo (tongkol bersaiz sederhana, dipotong 1.5 inci)
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci nyor bakar (kelapa panggang)
  • Cili kering kisar secukupnya
  • 1 paket awah ikan selising (asam ikan)
  • Nise (gula melaka) – anggaran 1-1.5 inci
  • Garam secukup rasa
  • Asam keping – 5 keping untuk rebusan, 3 keping untuk gulai
  • Santan daripada 1 biji kelapa

Cara Penyediaan:

1. Masukkan ikan ayo ke dalam periuk bersama air (cukup separuh dari paras ikan), ½ sudu besar garam kasar, 5 keping asam keping, dan 1 inci nise.

2. Rebus sehingga air hampir kering.

3. Untuk rasa yang lebih enak, rebus ikan ini seawal 5-6 jam sebelum memasak gulai.

4. Kisar bawang merah, lengkuas, nyor bakar, dan cili kering bersama sedikit santan untuk memudahkan pengisaran.

     Tip: Lengkuas dan nyor bakar akan lebih mudah dikisar jika ditumbuk lumat terlebih dahulu.

5. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar.

6. Tambahkan 1-1.5 inci nise, garam secukup rasa, dan 3 keping asam keping.

7. Masak kuah ini sehingga hampir pecah minyak.

8. Masukkan ikan ayo yang telah direbus ke dalam kuah.

9. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air untuk mencapai kepekatan yang sesuai.

10. Masak dengan api sederhana sehingga gulai mendidih dan pecah minyak.

11. Tambahkan 5-6 biji cili padi ke dalam gulai untuk menambah sedikit rasa pedas.

12. Tutup api.

Tip:

  • Gunakan kelapa segar untuk santan bagi memastikan rasa lemak asli.
  • Boleh juga tambahkan sedikit hirisan daun kunyit untuk aroma yang lebih tradisional.

Sumber: Farah Yasmin Hms 

Baca lagi: Resipi Biskut Butterscoth, Penuh Rasa Mentega Di Mulut & Manis Berkrim!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

15 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

15 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

15 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

16 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

16 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

20 hours ago