Categories: Informasi

Kempen MyGameOn & SAYS Tech Gegar ATO Gaming Café TTDI, Banyak Aktiviti & Hadiah Untuk Gamers!

Gaming tak semestinya serius kerana paling seronok apabila main santai sambil gelak dengan kawan-kawan. Itulah semangat kempen MyGameOn dan SAYS Tech “Rileks Je, Takyah Toksik” yang mengajak gamers untuk lebih chill, bebas toksik dan bina komuniti positif.

Pada 27 September lalu, suasana di ATO Gaming Café TTDI meriah apabila MyGameOn dan SAYS Tech anjurkan “Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session“. Penuh dengan gamers, creators dan pengunjung yang datang untuk main, sembang dan raikan hobi bersama.

Baca juga: Nak Nak Perkenal Siri Bold Bulgogi, Menu Korea Baharu Yang Buat Ramai Repeat Order!

AKTIVITI SEPANJANG HARI SEWAKTU KEMPEN MYGAMEON & SAYS TECH “RILEKS JE, TAKYAH TOKSIK LEPAK SESSION”

Dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang, peserta berseronok dengan pelbagai zon:

  • Lepak Gaming Zone – Konsol station dengan Dragon Ball Sparking Zero, Jump Force, Mario Kart 8 Deluxe, Overcooked dan banyak lagi.
  • Arcade Challenge Zone – Retro arcade kegemaran ramai seperti Daytona dan Gunblade NY.
  • Tabletop dan TCG Zone – Dengan kerjasama Quantum Nexus, pengunjung berpeluang cuba Altered TCG dan Magic: The Gathering.
  • Retro Bazaar – Tempat wajib singgah yang penuh dengan konsol, game, collectibles, komik dan memorabilia pop culture.

SESI PERKONGSIAN ILMU & CERITA KOMUNITI MENARIK

Di pentas utama, suasana lebih santai dengan perkongsian isu toxic gaming, perspektif gamer wanita serta kesedaran kesihatan mental.

Antara speaker jemputan:

  • Tashbunny – caster dan streamer yang berkongsi pengalaman sebagai gamer wanita.
  • Dr Khadijah Hasanah – pakar psikiatri, pensyarah USM dan ahli pasukan Esports MedicA.

Selain itu, slot Community Confessions pula jadi ruang untuk gamers kongsikan pengalaman daripada cabaran hingga momen paling menyeronokkan, sekaligus mengeratkan lagi semangat komuniti.

ADA PERTANDINGAN DENGAN TAWARAN HADIAH ISTIMEWA

Paling dinanti, sudah tentulah Mobile Legends: Bang Bang Fun Match dengan hadiah utama 5,000 in-game diamonds untuk pemenang.

Peserta juga boleh kumpul cop di setiap zon aktiviti untuk tebus goodie bag eksklusif daripada UniPin dan Trapo.

Kempen MyGameOn dan SAYS Tech “Rileks Je, Takyah Toksik” semakin meriah dengan penutup Logitech Lucky Draw yang membuatkan beberapa peserta bertuah membawa pulang hadiah premium.

“Gaming sepatutnya menyatukan orang, bukan memecahbelahkan. Dengan Rileks Je, Takyah Toksik, kami mahu wujudkan ruang yang selamat dan menyeronokkan untuk komuniti bermain bersama, berhubung, serta muhasabah cara kita layan satu sama lain di alam maya.”

-Hazril Md Nor, editor MyGameOn-

Walaupun sehari saja, semangat positif yang tercipta diharapkan kekal lama. Apabila suasana gaming bebas toksik, semua orang akan rasa lebih diterima, mudah berkawan dan seronok menikmati hobi bersama.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, boleh layari: mygameon.my/takyahtoksik

Semoga bermanfaat!

Sumber: MyGameOn

Baca juga: MyGameOn Dan SAYS Tech Bergabung, Anjur Sesi Lepak Santai Gaming Secara Percuma

Aimi

Recent Posts

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

13 mins ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

26 mins ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

31 mins ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

1 hour ago

Resepi Sosej Masak Sambal Homemade, Imbau Memori Macam Makan Di Kantin Sekolah!

Resepi sosej masak sambal ini memang sesuai untuk yang teringin menikmati lauk ringkas seperti yang…

1 hour ago

Resepi Ayam Masak Merah Simple Ini Buat Suami Puji, Tak Perlu Banyak Bahan Pun!

Resepi ayam masak merah simple ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan lauk sedap tanpa perlu…

2 hours ago