mygameon

MyGameOn bersama SAYS Tech bakal mengadakan acara komuniti gaming bertajuk Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session pada Sabtu, 27 September 2025, bertempat di ATO Gaming Café, TTDI. Program yang berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang ini dibuka secara percuma kepada semua pengunjung.

Acara ini sebahagian daripada inisiatif Rileks Je, Takyah Toksik, sebuah kempen yang memberi tumpuan kepada isu buli siber dan juga kesihatan mental dalam kalangan komuniti gaming di Malaysia.

Menarinya, acara ini menghimpunkan gamer, pencipta kandungan, keluarga dan peminat,
dengan matlamat membina suasana digital yang lebih sihat, mesra dan bebas toksik.

Baca juga: Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif!

MyGameOn dan SAYS Tech Anjur “Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session”

Pengunjung boleh nantikan pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • Goodie bag eksklusif daripada MyGameOn & SAYS Tech
  • Sesi perkongsian santai bersama individu dalam industri e-sukan Malaysia
  • Perlawanan Fun Match Mobile Legends: Bang Bang
  • Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik

Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba pelbagai permainan di ATO Gaming Café, antaranya arked, konsol, permainan mudah alih, board games dan permainan tabletop.

Jemputan Terbuka Untuk Semua

mygameon

“Kami percaya gaming patut jadi ruang yang selamat dan inklusif,” kata Hazril Md
Nor, Editor MyGameOn. “Melalui Rileks Je, Takyah Toksik, kami mahu tunjuk bahawa
keseronokan, persaingan sihat dan komuniti boleh berkembang tanpa toksik.”

Tak kira sama ada anda seorang gamer, cosplayer, pencipta kandungan ataupun sekadar ingin lepak santai, acara ini terbuka untuk semua.

Maklumat Acara:

Tarikh: Sabtu, 27 September 2025
Masa: 12pm – 5pm
Lokasi: ATO Gaming Café, TTDI
Kemasukan: PERCUMA

RSVP sekarang untuk tempah tempat anda dan sertai gerakan membina komuniti gaming yang lebih positif.

Info lanjut di klik link ini.

Baca juga: My Resipi, Sirap Limau, VOCKET & Waktu Solat Malaysia Lancar Kempen ‘Halal Travel’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN