Pernah dengar tentang Kek Victoria Sandwich yang popular kerana dikatakan seperti pencuci mulut kayangan? Akhirnya, kami sudah menjumpai resipi untuk anda cuba di rumah.
Tekstur Kek Victoria Sandwich ini seperti kek span, cuma bentuknya seakan-akan sandwich kerana menggunakan dua lapisan kek gebu yang dihiasi dengan strawberi.
Nak tahu bagaimana rasanya pencuci mulut kayangan, anda boleh ikut resipi daripada Wan Nafisah Ja’afar di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Pandan Gula Melaka Lembut Berkrim, Makan Sepotong Pun Tak Puas
Bahan-bahan kek:
Bahan-bahan hiasan:
Cara-cara membuat kek victoria sandwich:
1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 180ºC (160ºC fan), kemudian gris dan alas 2 buah loyang 7 inci dengan baking paper.
2. Selepas itu, pukul butter, vanilla dan gula sehingga kembang dan berkrim.
3. Kemudian, masukkn telur sebiji demi sebiji sehingga adunan elok sebati.
4. Seterusnya, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi licin.
5. Bahagikan adunan sama banyak di kedua-dua loyang, hentak-hentak sdikit loyang supaya adunan sama rata. Susun hirisan strawberi di atas satu adunan kek sahaja. Manakala satu lagi dibiarkan kosong untuk bahagian bawah.
6. Selanjutnya, bakar selama 25 hingga 30 minit sehingga perang atau kek elok masak dengan memasukkan cake tester.
7. Sejukkan loyang diatas rak dawai sehingga kek boleh dikeluarkan dari loyang.
8. Bagi menyediakan hiasannya, pukul whipping cream sehingga soft peak dan sapukan pada permukaan kek yang kosong.
9. Selepas itu, sudukan pula jem strawberi dan susun baki hirisan strawberi di atasnya.
10. Akhir sekali, letakkan kek yang ada lapisan strawberi di atasnya dan taburkan snow powder sebelum menghidang. Siap untuk dinikmati!
Setelah makan Kek Victoria Sandwich ini, anda akan terasa seperti menikmati sesuatu yang mewah serta gabungan rasa gebu dan manisnya memang memikat.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan Nafisah Ja’afar
Baca juga: Kek Buah Kukus Klasik, Ada Cara Elak Kek Rosak Dari Terkena Wap Air
Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…