Buat yang merancang untuk barbeku bersama keluarga, banyak bahan masakan yang perlu disediakan untuk dipanggang dan kami rasa cara perap Ayam BBQ ini boleh bantu anda.
Barbeku atau BBQ biasanya dimasak di persekitaran luar dengan menggunakan asap kayu atau arang dan ia merupakan kaedah memasak popular di kalangan mereka yang suka berkelah atau berkhemah.
Pelbagai jenis makanan yang boleh dibuat BBQ seperti daging, ayam, makanan laut dan sebagainya. Malah, ada yang suka bakar jagung secara BBQ juga.
Nak perap Ayam BBQ ini sebenarnya tak susah mana pun jika anda ikut cara yang dikongsikan oleh Ana Azura di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Ayam Masak Lemak Jawa, Lauk ‘Next Level’ Yang Mak-Mak Wajib Cuba!
Bahan-bahan:
Bahan A (dikisar)
Bahan B:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, basuh ayam, toskan dahulu dan masukkan ke dalam bekas yang besar.
2. Kemudian, masukkan semua bahan kisar dan bahan B ke dalam bekas tadi.
3. Selepas itu, gaul rata dan masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Akhir sekali, biar perap semalaman. Siap untuk digunakan!
Cara perap Ayam BBQ ini bukan saja mudah, malah tak susah juga untuk mencari bahan-bahan penyediaannya di kedai.
Selain digunakan untuk memanggang ketika buat BBQ, perapan Ayam BBQ ini juga boleh digunakan untuk anda bakar atau goreng di rumah pada bila-bila masa.
Manalah tahu bosan dengan ayam goreng biasa, bolehlah ubah selera dengan cara perap Ayam BBQ ini. Setelah dimakan, anda akan dapat rasai betapa enak isinya sehingga terasa ke tulang.
Selamat mencuba!
Sumber: Ana Azura
Baca juga: Ayam Balado Paling Padu, Satu Lauk Je Buat Selera Makan Menjadi-Jadi!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…