Categories: Resipi

Resipi Mi Bandung, Kuah Pekat Menyelerakan Sampai Hirupan Terakhir!

Resipi mi bandung ini sangat berbaloi untuk dicuba kerana kuahnya yang pekat serta penuh dengan rasa daging dan udang membuatkannya begitu menyelerakan.

Hidangan klasik ini sering menjadi pilihan di kalangan keluarga dan sangat mudah dibuat.

Jom tengok resipi penuh di bawah ini

Baca lagi: Kek Victoria Sandwich Paling Gebu, Bahan Ringkas Tapi Rasa Kayangan!

RESIPI MI BANDUNG

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • 20 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 paket udang kering (RM1.50)
  • 1/2 inci halia

Bahan utama:

  • 500g daging (direbus, simpan air rebusan)
  • 15-20 ekor udang
  • 1 biji lobak merah (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong)
  • 2 pokok sawi pak choi (dipotong)
  • 5 biji telur
  • 1kg mee kuning (dicuci dan dicelur)
  • 1 cawan kacang tanah (digoreng dan dikisar halus)
  • 4 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah)
  • Daun sup (dihiris halus)
  • Bawang goreng

Perasa:

  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar (cili, bawang, udang kering, dan halia) hingga naik bau dan garing.

2. Masukkan sos cili dan sos tiram, kacau rata.

3. Tambahkan air rebusan daging dan sedikit air biasa (ikut kepekatan kuah yang diinginkan).

4. Apabila kuah mendidih, masukkan kiub ayam, garam, gula, hirisan daging, udang, dan lobak merah. Gaul hingga sebati dan periksa rasa mengikut selera anda.

5. Biarkan kuah mendidih kembali, kemudian masukkan sawi dan tomato.

6. Pecahkan telur ke dalam kuah satu demi satu dan biarkan sehingga telur masak. Elakkan mengacau agar telur tidak hancur.

7. Masukkan kacang tanah kisar dan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau perlahan hingga kuah menjadi pekat.

8. Susun mi dalam mangkuk hidangan, curahkan kuah panas bersama isi daging, udang, dan telur.

9. Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng di atas mi untuk rasa dan aroma yang lebih sedap.

Sumber: Qaseh Iman’s

Baca lagi: Cara Perap Ayam BBQ Yang Mudah, Isi Sedap Sampai Terasa Ke Tulang!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago