kek tapak dinosaur

Sebelum ini kita pernah diviralkan dengan kek tapak kuda yang dijual secara dalam talian. Tapi pernahkah anda dengar tentang Kek Tapak Dinosaur?

Ia sama saja seperti kek yang viral itu tetapi kek ini mempunyai saiz yang lebih besar. Isinya pula lebih mampat dan sangat gebu.

Anda boleh mengikuti resipi dengan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans di Facebook ini.

Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu

KEK TAPAK DINOSAUR

kek tapak dinosaur

Bahan-bahan kek:

  • 6 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sb ovalate
  • 1 sb esen creamy vanila
  • 2 cawan tepung gandum + 1 sb serbuk penaik (ayak 3 kali)

Bahan-bahan filling:

  • 10 cawan cereal
  • 10 senduk white cocolate brand top cocoa (pilih yang hokaido)

Cara-cara penyediaan kek:

1. Mix bahan-bahan kek sampai gebu.

2. Masuk kan 1/4 cawan susu full cream.

3. Mix sampai kembang gebu.

4. Matikan mixer. Masuk kan 1/2 cawan marjerin cair suam-suam. Gaul sebati.

5. Ambil sebahagian letak emolco coklat gaul dan masuk piping untuk corak.

6. Masuk loyang yang ada tray isi adunan dan lorekkan.

7. Bakar suhu 180ºC masa 18 minit.

8. Biarkan sejuk dan potong kek.

Cara-cara penyediaan filling:

1. Masukkan 1 sb perisa strawberi dalam white cocolate tadi. Pilih yang jernih dan tak berwarna. Kalau letak banyak yang berwarna pink boleh menyebabkan rasa pahit.

2. Masukkan 1 sb pewarna pink. Gaul sebati.

Cara-cara penyediaan terakhir:

1. Bentangkan kek pada wrapping.

2. Letak 1 senduk coklat (guna lecker hazelnut).

3. Letak 2 senduk filling.

4. Gulungkan kek dan roll ketat. Siap!

kek tapak dinosaur

Betapa puasnya jika dapat makan Kek Tapak Dinosaur yang lembut dan gebu ini. Anda yang sukakan kek pasti jatuh cinta dengannya.

Anda boleh cuba untuk mengolah pelbagai lagi perisa filling kegemaran anda dengannya. Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina Fans

Baca juga: Kek Coklat Kurma Tanpa Butter, Guna Lebihan Kurma Di Rumah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN