ayam masak

Siapa penggemar ayam dan sudah bosan tak tahu nak masak lauk apa dengan ayam, boleh cuba ayam masak belengas ini pula.

Teksturnya yang basah-basah ini memang sedap makan dengan nasi panas. Tak perlu lauk berkuah sebab tak kering langsung.

Cara memasaknya juga sangat mudah dan bahan-bahannya pun biasanya sudah ada di rumah. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 3 Bahan, Rangup Macam Beli Dekat Kedai!

RESEPI AYAM MASAK BELENGAS

ayam masak

Bahan-bahan:

  • Ayam (4-5 ketul, dipotong kecil-kecil)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Secukup rasa (garam atau mushroom seasoning, pilih salah satu)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (dihiris)
  • (Opsional) Kacang panjang (jika ada)
  • Sedikit air (untuk kuah)

Cara Memasak:

  1. Basuh bersih ayam dan potong kecil-kecil. Untuk portion ini, 4-5 ketul ayam sesuai untuk 2-3 orang makan. Jika ramai ahli keluarga, boleh tambah ayam dan bahan-bahan lain.
  2. Masukkan serbuk kunyit 1 sudu kecil ke dalam ayam.
  3. Tambahkan secukup rasa (garam atau mushroom seasoning 1 sudu kecil, pilih salah satu sahaja).
  4. Masukkan cili kisar 1 sudu besar dan 2 sudu besar tepung jagung.
  5. Gaul rata semua bahan. Perap selama 15 minit jika ingin rasa lebih sedap. Jika tidak mahu perap pun tidak mengapa.
  6. Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api sederhana. Jangan goreng ayam terlalu lama atau terlalu garing supaya ayam tetap juicy dan tidak keras. Apabila ayam sudah masak dan garing sedikit, tutupkan api.
  7. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja dalam kuali.
  8. Masukkan 2 sudu besar sos tiram dan 2 sudu besar sos cili.
  9. Tambahkan bawang merah, halia, bawang putih dan carrot. Jika ada kacang panjang, boleh masukkan sekali.
  10. Masukkan sedikit air untuk memberikan sedikit kuah. Gaul rata semua bahan hingga sebati. Tidak perlu tambah garam kerana sos sudah cukup rasa.
  11. Siap! Nikmati ayam belengas ini dengan nasi panas-panas.

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Ayam Halia Paling Cepat, Sekali Buat Pasti Nak ‘Repeat’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN