buat kek sarang semut

Kalau sebut buat kek sarang semut, pasti ramai terus teringat aroma gula hangus yang wangi, tekstur berongga cantik dan rasa manis lemak yang cukup nostalgik. Kek legend ini memang dekat di hati ramai dan kekal popular dari dulu sampai sekarang.

Kali ini kami kongsikan cara buat kek sarang semut tanpa perap yang boleh siap dalam masa lebih kurang 2 jam sahaja. Resipi perkongsian Abby Razy di Facebook ini terbukti mudah, cepat dan sesuai dibuat secara last minute, dengan hasil kek yang tetap bersarang cantik, gebu dan lembap.

Baca juga: Kek Buah Moist & Gebu Jadi Idaman! Ini Rahsia Kek Naik Cantik, Tak Mendap & Tak Tenggelam

CARA BUAT KEK SARANG SEMUT TANPA PERAP (MUDAH & JADI)

buat kek sarang semut

Bahan-bahan gula hangus:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2–3 sudu besar butter atau marjerin

Cara-cara penyediaan gula hangus:

1. Cairkan gula dengan api sederhana besar hingga gula mencair sepenuhnya dan bertukar warna perang.

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit, kacau perlahan hingga sebati.

3. Tutup api, masukkan butter atau marjerin dan kacau hingga larut.

4. Ketepikan. Gula hangus boleh digunakan semasa masih suam kuku, tak perlu tunggu sejuk sepenuhnya.

Bahan-bahan kek sarang semut:

  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • ¾ cawan susu pekat manis (boleh guna 1 cawan jika suka lebih manis)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar soda bikarbonat

Cara-cara penyediaan kek sarang semut:

1. Pukul telur menggunakan whisk perlahan sahaja, sekadar kuning telur pecah.

2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla, kacau hingga sebati.

3. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat, kacau rata tanpa overmix.

4. Tuangkan gula hangus yang telah disediakan tadi, kacau hingga adunan sebati.

5. Tapis adunan untuk memastikan tekstur kek lebih sekata dan lubang sarang lebih cantik.

6. Tuang adunan ke dalam loyang 7×7 inci yang telah disapu marjerin.

buat kek sarang semut

Cara bakar kek sarang semut:

1. Panaskan oven selama 10–15 minit.

2. Bakar pada suhu 170°C – 180°C selama lebih kurang 40 minit.

3. 20–25 minit pertama gunakan api bawah sahaja.

4. Baki masa, gunakan api atas dan bawah sehingga kek masak sempurna.

Cara kukus kek sarang semut:

1. Balut permukaan loyang dengan aluminium foil.

2. Kukus kek selama 45 minit menggunakan api besar.

3. Pastikan air kukusan sentiasa mendidih untuk hasil kek yang cantik bersarang.

Tanda kek masak: Cucuk dengan lidi sate, jika keluar bersih, kek sudah masak.

Tips penting supaya kek sarang semut bersarang cantik:

  • Jangan pukul adunan terlalu kuat
  • Pastikan soda bikarbonat disukat tepat
  • Gula hangus jangan terlalu pekat atau terlalu cair
  • Tapis adunan untuk lubang sarang lebih sekata
  • Gunakan api yang stabil semasa membakar atau mengukus

Walaupun buat kek sarang semut tanpa perap, resipi ini tetap menghasilkan kek bersarang cantik, lembap dan wangi gula hangus. Sangat sesuai untuk buat secara cepat, sama ada untuk minum petang atau tetamu mengejut.

Kalau anda baru pertama kali nak buat kek sarang semut, resipi ini memang wajib cuba dan simpan. Mudah, cepat dan confirm jadi!

Selamat mencuba!

Sumber: Abby Razy

Baca juga: Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi, Tanpa Oven Tapi Jadi Cantik Berongga

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN