kek coklat kukus simple

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut dan basah ini pasti membuatkan anda ketagih.

Bukan sahaja sedap, cara membuatnya yang menggunakan sukatan cawan juga sangat mudah untuk dicuba oleh anda semua. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kek Coklat Ala Apollo, Buat Guna Loyang Besar Confirm Puas Makan!

RESEPI KEK COKLAT KUKUS SIMPLE

kek coklat kukus simple

Bahan A:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak

Cara penyediaan bahan A:

Campurkan semua bahan A dalam sebuah periuk. Masak di atas api kecil sehingga larut dan sebati. Setelah sebati, tutup api.

Bahan B:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara penyediaan bahan B:

Ayak semua bahan B.

Bahan C:

  • 3 biji telur (size A)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan bahan C:

Blender bahan C hingga kembang.

Cara membuat kek:

  1. Masukkan bahan A ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian, masukkan bahan B dan bahan C secara selang-seli, kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  3. Jika rajin, tapis adunan yang sudah siap; tetapi jika tidak, tidak mengapa.
  4. Panaskan kukusan sehingga air betul-betul mendidih. Pastikan air mendidih dengan sempurna untuk memastikan kek naik dengan cantik.
  5. Masa pengukusan bergantung pada saiz bekas. Bekas kecil (10 minit), bekas sederhana (15-17 minit), bekas besar (40-45 minit). Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar kering, kek sudah masak.
  6. Jika membakar, bakar selama 40 minit pada suhu 180°C, api atas dan bawah. Bagi yang tanya, jika bakar dalam bekas, adunan tidak akan cair kerana ada air dalam tray tersebut. (teknik waterbath)

Bahan topping:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan susu cair

Cara penyediaan topping:

  1. Campurkan semua bahan topping dalam sebuah bekas.
  2. Masak secara double boil (gunakan periuk dengan air mendidih di bawah untuk mengukus bahan topping sehingga sebati).
  3. Jika anda mahu topping lebih leleh, tambahkan sedikit lagi susu cair.

Sumber: Hazila Baharudin

Baca juga: Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN