the rock

Siapa yang tak kenal dengan pelakon yang terkenal dengan filem Jumanji dan Fast & Furious iaitu The Rock a.k.a Dwayne Johnson ini kan?

Pelakon yang berusia 50 tahun ini yang juga dikenali sebagai The Rock baru-baru ini telah menarik perhatian peminat apabila dia kembali ke kedai serbaneka 7-Eleven di Hawaii untuk memborong coklat Snickers.

Artikel berkaitan: Ikonik Kod Hijau Dalam Filem The Matrix Sebenarnya Resipi Sushi?

Memetik laporan Fox Business, ketika zaman remajanya, The Rock dan keluarganya tinggal di Hawaii dan ketika itu, mereka tidak mempunyai wang dan merupakan orang miskin.

Instagram @therock

Ini telah menyebabkan The Rock yang berusia 14 tahun pada ketika itu sering mencuri coklat dari 7-Eleven di situ kerana tak mampu untuk membeli coklat tersebut.

Baru-baru ini, The Rock kemudiannya kembali ke kampung halamannya dan kedai tersebut untuk menebus semula kesalahannya yang mencuri ketika remaja.

Aktor filem Central Intelligence ini telah berkongsi tentang kepulangannya itu menerusi Reels di Instagramnya.

Dalam video berkenaan, The Rock telah memborong kesemua coklat Snickers yang dijual di kedai serbaneka itu.

Setelah semua coklat dibayar, pelakon itu telah meninggalkan coklat yang diborongnya di kaunter pembayaran untuk diberi kepada mana-mana pelanggan kedai itu.

Johnson juga telah memberitahu juruwang kedai itu untuk memberikan setiap coklat tersebut kepada sesiapa yang kelihatan seperti mahu mencurinya.

Dia juga turut memberikan tips kepada juruwang tersebut kerana perlu mengambil masa yang lama mengira puluhan coklat tersebut.

Bukan itu sahaja, Johnson juga telah bermurah hati membayar kesemua barang yang dibeli oleh pelanggan kedai yang kebetulan berada di situ.

Difahamkan, jumlah bil yang dibayarnya mencecah $298 (kira-kira RM1,307.48). Fuh, banyak tu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN