tip masak kuah bolognese

Tip Masak Kuah Bolognese Lebih Sihat, Guna Bahan Segar Ini.

Sekarang ini nak mudah, masak apa-apa je mesti dah ada bahan segera. Kalau selalu guna bahan dalam tin risau juga banyak kesan sampingan untuk anak-anak.

Baca juga: Fettuccine Carbonara Ikut Tekak Melayu, Resipi Ini Raih 6.1K Shares!

Sebenarnya, nak buat kuah bolognese tak susah pun. Malah, rasanya lagi sedap jika gunakan bahan-bahan segar yang jauh lebih sihat dan berkhasiat.

Jom ikuti resipi kuah bolognese yang sihat ini dari Cik Puan Cik Nara Mikayla ini.


TIP MASAK KUAH BOLOGNESE LEBIH SIHAT

tip masak kiuah bolognese

Bahan-bahan:

8-10 biji tomato segar
2 biji bawang holland
1 labu bawang putih
1/2 tin kecil puri tomato
Sedikit lada hitam
Sedikit oregano
Bebola ayam / daging
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara buat kuah:

1. Mula-mula, kelarkan sedikit tomato pada 4 bahagian supaya mudah untuk kopek kulitnya bila dah habis rebus.

2. Bila dah habis rebus dan cukup lembut, boleh diangkat dan rendam ke dalam air sejuk.

3. Bila dah rendam, boleh kopek kulitnya tomato tadi. Kemudian kisarkan ia hingga menjadi puri. Ketepikan.

4. Tumis pula bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.

5. Kemudian, masukkan tomato yang sudah dikisar tadi. Tambahkan sedikit air, lada hitam, oregano, tomato puri dan bebola ayam atau daging.

6. Akhir sekali, perasakan kuah bolognese dan gula dan garam hingga sebati. Siap!


Dah siap, boleh dihidangkan dengan spaghetti yang sudah direbus dan boleh letak taburan keju diatas sebagai topping!

Selamat mencuba!

Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN