Sesiapa yang bercuti ke Johor, ambil peluang untuk singgah ke Pontian yang terkenal sebagai daerah penghujung benua Asia dan mencuba pelbagai kedai makan Pontian yang sedap belaka.
Di sini kami kongsikan antara kedai makan Pontian yang menarik untuk anda nikmati bersama keluarga tersayang. Jom kita lihat!
Baca juga: 5 Tempat Makan Menarik Dan Sedap Di Manjung, Perak
1. Warung Tiang Merah
Nama warung ini daripada tiang-tiang merah yang menjadikannya unik dan menawarkan pelbagai hidangan tradisional Malaysia yang asli seperti nasi ayam, bihun sup, lontong dan sebagainya.
2. Seri Bunian Soto Restaurant
Trip ke Johor tak lengkap jika anda tak makan pelbagai jenis soto istimewa seperti soto ayam, daging serta makanan laut. Hidangan sup tradisional di sini penuh dengan aroma rempah dan berkualiti.
3. Kopi Tenggek
Dengar namanya saja sudah cukup mencuit hati ramai peminat kopi. Kedai ini menggunakan konsep unik dengan meletakkan penapis di atas cawan kopi yang mempunyai rasa kopi sebenar.
4. Restoran Asam Pedas Asli Muallaf
Restoran ini diusahakan oleh tiga beradik mualaf berketurunan orang Asli dengan resipi turun-temurun keluarga. Jika nak tahu bagaimana rasa asam pedas Johor yang asli, inilah tempatnya.
5. Bakso Idaman
Kedai makan ini antara yang paling legend di Pontian kerana telah dibuka lebih 30 tahun. Anda boleh nikmati pelbagai jenis bakso lazat seperti bakso daging, ayam dan ikan serta kuah kacang dan masakan panas.
6. Selera Tradisi Catering
Setiap hari adalah lauk raya, itulah yang boleh digambarkan tentangnya. Di sini anda boleh nikmati pelbagai hidangan raya seperti ketupat, burasak, rendang, sayur lodeh, sambal kacang dan banyak lagi.
7. Nasi Padang Parit Semerah
Terkenal dengan hidangan kaya rempah dari Minangkabau, Indonesia, kedai ini menggunakan konsep hidangan beralaskan daun pisang dengan aneka lauk yang dimasak dengan stail Padang yang cukup menarik.
8. Restoran Kemangi
Restoran ini menyediakan hidangan tempatan dan Barat yang sempurna untuk berkumpul bersama keluarga. Bukan saja masakan panas, malah nasi kerabu dan nasi dagang pun ada di sini.
9. Coxn Cafe
Dekorasi kedai western tepi laut ini cukup cantik dengan beratapkan rumbia. Anda boleh nikmati pelbagai hidangan Barat seperti chicken chop, lamb chop, spagheti dan sebagainya sambil nikmati pemandangan laut yang tenang.
10. Restoran Assalam
Malam-malam mesti terasa lapar dan kedai mamak adalah salah satu pilihan yang ada. Jika begitu, anda wajib cuba menjamu selera di sini yang merupakan kedai mamak paling popular di Pontian.
Itulah antara kedai makan Pontian yang menarik untuk anda cuba bersama keluarga dan rakan-rakan. Semoga anda seronok bercuti di Pontian nanti!
Sumber: tempatcuti.my
Baca juga: Tempat Makan ‘Outdoor’ Di KL & Selangor
Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…
Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…
Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda…
Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…
Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…