kedai kopi menarik

Negeri Terengganu merupakan antara negara yang popular bagi industri pelancongan kerana mempunyai pelbagai tempat menarik. Ia bukan sahaja makanan tradisional yang lazat, terdapat banyak minuman seperti kedai kopi menarik di sini.

Baca juga: Ini 4 Restoran Fast Food Yang Pernah ‘Femes’ Satu Masa Dulu Tapi Dah Tutup

Jika anda melalui jalan pantai di Besut ke Chukai, terdapat banyak kedai kopi dan kafe yang dibuka di sepanjang jalan. Mungkin kerana kopi itu ngam apabila anda minumnya menghadap pantai dengan angin sepoi-sepoi yang bertiup di muka gitu.

Jika anda ingin ke Pahang dari Kelantan, memang ramai yang akan melalui jalan ini kerana sukakan pemandangan pantai dan suka singgah ke kedai kopi di sekitar jalan ini.


5 KEDAI KOPI MENARIK DI TERENGGANU

1. LAKAKUPI

lakakupi

Jika singgah ke Kuala Terengganu, anda boleh datang ke kafe Lakakupi ini. Kedai kopi ini menyajikan bermacam variasi kopi yang menarik sepert Ice Charcoal Latte, Butterscotch Latte, Butterbeer, Hot Mocha dan banyak lagi.

Kalau ingin mencuba makanan sampingan untuk dinikmati bersama kopi, anda boleh mencuba menu signature iaitu Corndog dan Taco.

Alamat: 754 D, Kampung Batu 6 Lama, Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Operasi: 1.30 pm-10.00 pm (Isnin-Khamis), 2.30 pm-10.30 pm (Jumaat & Sabtu), Ahad Tutup.
Media sosial: Facebook Lakakupi

2. KEDAI KOPI BURUK

kedai kopi buruk

Dikatakan kedai ini sering disebut-sebut di Terengganu kerana keunikan kedainya yang klasik dan menjadi tempat mengubati ramai orang. Kedai Kopi Buruk ini berhampiran dengan pusat pelancongan Terengganu iaitu Pantai Batu Burok.

Hiasan dalaman kedai ini memainkan peranan penting kerana ia membuatkan pengunjung yang datang ke sini lebih tenang. Menarik juga hiasan dalaman kedai ni, mesti orang luar terpegun bila tengok hiasan dalam kedai ni.

Makanannya juga bertemakan seperti di kopitiam dengan kopi yang sedap, roti bakar, telur separuh masak dan menariknya juga terdapat laksam dan mee rebus.

Alamat: 523, Jalan Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 9.00 am-6.00 pm (Ahad-Khamis), Jumaat Cuti
Media sosial: Facebook Kedai Kopi Buruk

3. PEDALHAUS

pedalhaus

Jika lalu jalan Kemaman-Dungun di Kemasik, bolehlah singgah sebentar ke kafe Pedalhaus. Kafe ini berkonsepkan moden dan santai dan pastinya dapat segarkan mata dan minda anda.

Antara menu istimewa yang boleh dicuba ialah Americano, Latte, Caramel Macchiato, Toffee-nut Latte, Mocha, Cappucino, Butterscotch Latte, Frappe dan pelbagai lagi.

Mereka juga turut menyediakan hidangan sampingan seperti spaghetti dan pastri.

Alamat: No.4, Youthport IKBN Kmeasik KM19, Jalan Kemaman-Dungun, 24200 Kemasik, Terengganu.
Waktu Operasi: 9.00 am-10.00 pm (Sabtu-Khamis), 3.00 pm-10.00pm (Jumaat)
Media sosial: Facebook Pedalhaus

4. KEDAI KOPI NGABANG

kedai kopi ngabang

Kedai sarapan pagi ini dibuka sebentar sahaja pada waktu pagi. Namun, masih ramai yang berkunjung ke kedai ini kerana keunikan dan keenakan makanan di kedai ini.

Konsep hiasan dalaman kopitiam juga menarik untuk dilihat. Nampaknya, kebanyakan barangan hiasan adalah barangan yang dikitar semula.

Dah sampai sini, wajib cuba Kopi Ngabang yang menggunakan biji kopi tempatan dengan Vietnam filter menambahkan lagi rasa kaw. Pelbagai makanan pagi disediakan seperti roti bakar telur goyang, mee kari, nasi lemak kuetiau goreng. Disebabkan itulah, ramai yang berkunjung ke kedai ini untuk sarapan.

Alamat: 7190B, Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Buka Setiap Hari, 7.30 am-11.30 am
Media sosial: Facebook Kedai Kopi Ngabang

5. ATMA KOPI

atma kopi

Antara menu kopi istimewa yang boleh dicuba di sini adalah Affogato, Hazelnut Latte, Asian Dolce, Latte, Matcha, Dirty Matcha dan Hazelnut Coklat.

Untuk makanan pula, Atma Kopi juga menyajikan makanan barat seperti Chicken Chop, Chicken Grill, Lamb Chop, Burger serta kek dan pastri.

Alamat: 174-A, Jalan Intan, Kampung Balai Besar, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 6.30 pm- 11.30 pm
Media sosial: Facebook Atma Kopi


MyResipi yakin, anda rasa macam nak pergi je kelima-lima kedai kopi ini sebab konsep dan makanan serta kopi yang dihidangkan memang terliur! Jangan lupa untuk singgah tau ke kedai-kedai kopi ini jika ke Terengganu.

Baca juga: Dah Tak Perlu ‘Craving’ Ayam Goreng Lagi, Restoran Ini Tawar Servis Penghantaran ke Gunung Kinabalu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN