Categories: Infomasi

50 Tahun Disangka Halal, Rupanya Restoran Ayam Goreng Terkenal Di Indonesia Ini Guna Minyak Babi!

Indonesia sememangnya menjadi antara destinasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Selain tempat menarik, makanan tradisional Nusantara di sana juga sering menjadi tarikan utama. Salah satu yang sering dicari ialah kedai ayam goreng yang terkenal di sana.

Namun, meskipun Indonesia merupakan negara dengan jumlah umat Islam terbesar di dunia, isu makanan halal masih menjadi perbincangan. Ada sahaja kes restoran yang menawarkan makanan tidak halal secara senyap-senyap, sama ada disebabkan kecuaian atau kurangnya ketelusan dari pihak pengusaha.

Baru-baru ini, sebuah restoran ayam goreng terkenal di Indonesia iaitu Ayam Goreng Winduran mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan bahawa salah satu menu mereka sebenarnya tidak halal kerana menggunakan minyak babi dalam proses penyediaannya.

Baca juga: JAKIM Arah Tarik Balik Produk Indonesia Ada DNA Babi, Ini Senarai Penuh!

KEDAI AYAM GORENG TERKENAL DI INDONESIA INI RUPANYA TAK HALAL

Menurut laporan CNN Indonesia, pengusaha restoran berkenaan menjelaskan bahawa menu yang dimaksudkan ialah ayam goreng yang disajikan bersama kremesan, iaitu sejenis topping rangup di luar ayam. Bahagian itu yang digoreng dengan minyak babi.

Ranto, salah seorang pekerja di restoran itu, memberitahu bahawa pihak pengurusan telah pun menandakan menu tidak halal dengan jelas di kedai dan juga dalam buku menu. Malah, katanya, perkara ini juga telah dijelaskan kepada pelanggan sejak awal lagi.

“Sudah diberi penjelasan kalau ia bukan halal. Sudah diberi cadangan yang bukan halal. Yang viral (bukan halal) itu adalah kremesnya,” kata Ranto pada Sabtu (24/5).

Pihak pengurusan turut memaklumkan bahawa mereka telah lama meletakkan label “non-halal” di semua cawangan serta platform media sosial rasmi milik mereka sebagai langkah penjelasan kepada pelanggan.

Ketua Jabatan Perdagangan Solo, Agus Santoso, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bersama beberapa agensi lain untuk memastikan pematuhan dan ketelusan maklumat berkaitan bahan yang digunakan di restoran berkenaan.

“Kami telah meletakkan keterangan Non Halal dengan jelas di seluruh cawangan dan media sosial rasmi kami,” tulis pihak pengurusan.

Ketua Jabatan Perdagangan Solo, Agus Santoso, turut bersuara dan menyatakan pasukannya akan terus turun padang untuk melakukan pemeriksaan di restoran tersebut.

“Semalam kami sudah bermesyuarat dengan beberapa Jabatan Kerajaan Negeri (OPD), rancangannya hari Selasa kita akan periksa lokasi. Ini kerana kalau dari Jabatan Pertanian ia berkaitan dengan bahan mentah, manakala untuk makanan yang sudah dimasak, ia adalah urusan Jabatan Kesihatan Daerah (DKK) bersama dengan BPOM,” kata Agus.

Sebelum ini, isu ini mula tular di media sosial X apabila seorang pengguna mendakwa terkejut mengetahui restoran tersebut sebenarnya tidak halal, walhal majoriti pelanggannya adalah umat Islam.

RAMAI PELANGGAN MUSLIM TERKEJUT

Apa yang lebih mengejutkan, restoran ini sudah beroperasi sejak tahun 1975 dan dikenali ramai sebagai antara destinasi ayam goreng yang legend di Indonesia. Ramai pelanggan yang pernah makan di sana mengaku mereka tidak tahu tentang penggunaan minyak babi dalam salah satu menunya.

Akibat pendedahan ini, ramai berasa tertipu dan mendakwa restoran itu seolah-olah cuba menyembunyikan status sebenar menu mereka selama ini. Hal ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan Muslim, baik di Indonesia mahupun pelancong luar negara.

Selepas kecoh di media sosial, restoran Ayam Goreng Winduran akhirnya mengambil tindakan dengan menambah label “non-halal” pada bio Instagram dan paparan Google Review mereka bagi mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang.

Sebagai langkah berjaga-jaga, rakyat Malaysia yang melancong ke Indonesia dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika memilih tempat makan. Pastikan restoran tersebut memiliki pengesahan halal yang jelas, walaupun pada pandangan mata kasar, menunya kelihatan seperti tiada unsur meragukan.

Baca juga: Hati-Hati! Ini Nama Lain Bagi Daging Babi Yang Ramai Tak ‘Alert’

Wan N

Recent Posts

Resipi Jeruk Halia Muda Rangup, Bukan Saja Sedap Tapi Ramai Percaya Bantu Buang Angin Dalam Badan

Jeruk halia muda merupakan antara hidangan sampingan yang ramai suka kerana rasanya yang unik, gabungan…

3 hours ago

Lepas Kuliah Terus Masak Untuk Housemate, Kebaikan Pelajar Politeknik Ini Raih Ribuan Pujian Netizen

Seorang pelajar politeknik mencuri perhatian ramai selepas berkongsi rutin hariannya yang cukup menarik selepas tamat…

4 hours ago

Aesthetic Tapi Tak Penat! Rahsia Perkelahan Seronok & Mudah Hujung Minggu Ini

Menjelang hujung minggu, tentu ramai dalam kalangan kita mula merancang aktiviti santai bersama keluarga atau…

4 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang, Caranya Mudah Saja Tapi Rasa ‘Sebijik’ Macam Di Kedai Mamak

Setiap kali pergi kedai ke nasi kandar, memang wajib ambil ayam bawang. Sebenarnya kalau ada…

4 hours ago

Ramai Tak Tahu Cara Simpan Sawi Putih Ini, Patutlah Sayur Cepat Layu Dan Rosak

Mencari cara simpan sawi putih yang betul sebenarnya lebih penting daripada yang ramai sangka. Walaupun…

7 hours ago

Resepi Siakap Mangga Ala Thai, Rahsia Sos Segar Ini Buat Ramai Tak Henti Tambah Nasi!

Kalau anda sedang mencari resepi siakap mangga yang sedap, menyelerakan dan ala restoran Thai, resipi…

7 hours ago