mooncake

Dah masuk musim perayaan Tahun Baru Cina atau Mooncake ini memang wajib ada kuih bulan ini. Tapi nak dapat versi halal agak sukar dan memakan masa yang lama jika beli di talian. Jom buat sendiri di rumah.

Bukan itu sahaja, kuih bulan ini juga merupakan makanan tradisional yang biasanya dihidangkan dengan teh panas.

Terdapat pelbagai perisa yang menjadikan kuih bulan ini unik iaitu kacang merah, lotus, kacang hijau, coklat, dan durian.

Baca juga: Kuih Onde-Onde Bunga Telang, Nampak ‘Rare’ Sikit Buat Di Rumah

Tapi disebabkan mooncake atau kuih bulan di pasaran tak halal kerana mengandungi lemak babi, jadi lebih selamat jika membuatnya sendiri di rumah tanpa rasa was-was.

Resipi kuih bulan versi halal ini telah dikongsikan sendiri oleh Riliana Wee yang tak lokek membuat hantaran resipi di Facebook sehingga dua kali. Mesti kena cuba ni!

Resipi Kuih Bulan Telur Masin @ Mooncake Salted Eggyolk Halal

Bahan kulit:

  • 100g tepung berprotein rendah – ada di kedai baking
  • 60g sirap kencana – golden syrup
  • 30g minyak kacang tanah
  • 1/2 sudu teh air beralkalin/ air abu

Bahan inti:

  • Telur kuning masin – salted eggyolk
  • 220 Lotus pes pandan
  • 1/2 cawan biji labu putih

Bahan lain:

  • Susu segar

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua adunan kulit kecuali tepung berprotein rendah ke dalam bekas bersih. Kacau rata.

2. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau rata sahaja. Jangan terlebih kacau. Perap kira-kira 2 jam.

3. Sangi biji labu putih. Kemudian satukan dengan lotus pes pandan. Bahagikan kepada 4.

4. Bahagikan kulit do tadi kepada 4 dan leperkan. Masukkan kuning telur masin yang sudah dikukus.


5. Balutkan lotus pes pandan dengan doh tadi.

6. Tekapkan menggunakan acuan kuih bulan.


7. Se,bur air untuk mengelakkan rekah. Bkaar dengan suhu 150C selamat 10 minit.

8. Keluarkan dan sapukan dengan susu segar. Bakar lagi kira-kira 20 minit sehingga keperangan.

9. Kuih bulan sedap dimakan selepas 2 hari penyediaan. Boleh dihidang!

Ini hasilnya apabila dihidang. Mudah dan ringkas sahaja. Selamat mencuba!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN